Wednesday, April 9, 2008

Selepas Insiden Bas Sykt Bukit Gantang...apa yang telah kita pelajari


Berita Harian

8-4-2008


SEREMBAN: Seorang maut, 31 lagi cedera dengan 20 daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 264, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan plaza tol Seremban, di sini, awal pagi ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Khairul Azuwan Ibrahim, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika bas yang membawa 32 penumpang itu dalam perjalanan dari selatan ke Kuala Lumpur. Katanya, penumpang yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Abdul Rahman Sabri,

30-an dari Ulu Tiram, Johor.


“Bagaimanapun identiti semua penumpang yang lain belum dikenal pasti,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata mereka yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini. Khairul berkata dua jentera bomba dan penyelamat dengan 18 anggota dari Seremban dan Seremban 2 dikerahkan ke tempat kejadian untuk kerja menyelamat.


"Semasa pasukan bomba sampai ke tempat kejadian, lima orang termasuk pemandu bas tersepit dan kita berjaya mengeluarkan mereka, manakala penumpang lain ada yang menyelamatkan diri sendiri dan dibantu orang awam,” katanya. - Bernama

No comments: