Monday, April 7, 2008

Kenari Makin Terbang Tinggi..




Tepat 8.45 malam, aku beserta ahli keluarga terus mengadap hadapan TV untuk menyaksikan pelawanan tumpuan minggu ini antara pasukan Kedah Darul Aman (Kenari) menentang pasukan Selangor Darul Ehsan (Gergasi Merah).

Hampir tidak senang duduk saya dan keluarga semasa menyaksikan perlawanan tersebut. Walaupun jaringan Saramsak Kram pada minit 18 menceritakan segalanya tentang kehebatan pasukan Kedah namun sedikit sebanyak mutu permainan direncatkan dengan kehadiran pengadil yang dilihat tidak begitu professional.

Mungkin wajar seperti kata pengurus pasukan Kedah Dato’ Othman Aziz, FAM patut mengambilkira beberapa aspek sebelum memutuskan pengadil bagi sesuatu perlawanan. Sementelah ini merupakan siaran langsung yang dipancarkan terus ke seluruh Malaysia. Pasti warga Malaysia mampu menilai bagaimanakah mutu pengadilan bagi keseluruhan perlawanan tersebut.

Memandangkan perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang dijangka akan mencorakkan pasukan manakah yang bakal bergelar juara liga Super, FAM seharusnya boleh menjangkakan tekanan yang bakal dihadapi oleh pengadil perlawanan tersebut. Oleh itu, keperluan meletakkan pengadil yang berwibawa perlu diberi perhatian. FAM boleh memilih pengadil –pengadil yang disegani seperti Subkidin untuk mengadili perlawanan tersebut.

Adakah saya bersuara kerana saya penyokong setia Pasukan Kedah Darul Aman, Dato’ Othman Aziz kerana posisinya sebagai Pengurus Pasukan, bagaimana pula dengan komentar pengulas sukan RTM Hafizal Hamad. Adakah ia turut mewakili pasukan Kedah…….FAM tepuk dada tanya selera.

Kepada Sang Kenari…….teruskan terbang tinggi…..biar jasa jadi kenangan, Hijau Kuning lambang kemegahan.

No comments: