Wednesday, December 1, 2010
Wednesday, November 10, 2010
Late Posting-Jalan-Jalan Hujung Minggu (Jual Beli Ikan Secara Bisik)
Bagi yg tak pernah ke sana, aku nak story sket apa yang istimewa ttg tempat''''jual beli ikan secara berbisik'
So layan la gambar-gambar kat bawah niiiii

Thursday, November 4, 2010
Tuesday, September 7, 2010
Salam Eid-ul Fitri
Thursday, September 17, 2009
Salam Aidilfitri 1430H
Friday, June 19, 2009
HMS Ocean Mai Tempat Kerja Aku (Kapal Navy British)
Selepas berkali-kali mesyuarat diatur, maka hasrat kapal HMS Ocean untuk berlabuh di dermaga dapat direalisasikan. Inilah sebahagian koleksi gambar-gambar yang sempat aku ambil...
Bro AO...tak teringin nak naik kapal ni ka.........boleh pi Toronto wooooo..
Tuesday, March 24, 2009
Kita Pakat-Pakat Buat: 28 March 2009 8.30 -9.30 Malam

Tahun ini, WWF Malaysia akan melancarkan Earth Hour 2009, di’mana buat julung-julung kalinya di’lancarkan d’Malaysia. Earth Hour adalah satu program untuk menyebarkan kesedaran mengenai penjimatan tenaga dan kepanasan global dengan cara yang amat mudah : Setiap orang, di’mana juga anda berada, adalah di’galakkan untuk menutup lampu selama satu jam.
PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
1) NOMBOR KECEMASAN -Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112..Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI -Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI -Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
4) TELEFON KENA CURI - Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
Dipetik dari mailing list
Monday, March 2, 2009
Aku nak pi kayuh..................

(Jarak keseluruhan trek ni 56 km)
Waktu kecik-kecik dulu, benda ni aku panggil gerek.Bila dah keluar 'U' aku paggil panggil pulak basikal. Bagi aku kedua-duanya masih benda yang sama. Dua-dua kena guna kederat(kudrat)untuk menggerakkan kedua-dua tayarnya.
Baru-baru ni, ramai rakan mengajak untuk aku menyertai Kulim Hi-Tech MTB Exploration 2009. Maklumlah..dah lama berkayuh secara santai...mau jugak nak rasa masuk pertandingan walaupun hajat hati nak menyertai pasukan Pro Tour (Anuar Manan pun tak dapat masuk team ni..hee hee). Maka aku tanpa belengah-lengah lagi terus daftar masuk.
Nak ajak geng-geng NRG, semua kata tak sanggup...nak kena buat risk analysis dulu kata depa. Anyway bro Alias, kat bawah ni gambar jentera yang aku telah siapkan@perasap nak pi kayuh kat Kulim. Next time..sound lembut2 kat wife hang. Minta permission beli satu macam ni..
Friday, January 23, 2009
Selamat Tahun Baru Cina
Friday, November 7, 2008
Friday, October 10, 2008
Tak Penatkah jadi seorang isteri?
Pagi tadi aku terima ini daripada mailist yang aku sertai. Mulanya aku sangkakan ianya email biasa sahaja. Tapi selepas aku membaca cerita yang dipaparkan dibawah ni aku mula terbayangkan papa yang dipaparkan dalam cerita ni adalah aku…..dan mama adalah bini aku. Selama ni memang aku perasan bini aku banyak buat kerja-kerja seperti yang dipaparkan. Tapi biasala laki…mana ambil pot sangat. Mungkinkah aku perlu berubah……………….
Mengapa WANITA sangat Istimewa......
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...










