Wednesday, December 7, 2011

Maut terkena libasan tali kapal

Gambar: Sumber internet


GEORGETOWN - Seorang buruh binaan warga Indonesia maut setelah terkena libasan tali kapal ketika menurunkan cerucuk di tapak pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa hanya dikenali sebagai Taufik menemui ajalnya setelah leher dan mukanya cedera parah terkena tali berkenaan. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Mohd Zain berkata, lelaki berusia 21 tahun itu bertugas secara kontrak dengan sebuah kapal yang digunakan oleh kontraktor pembinaan jambatan tersebut dipercayai sedang menurunkan cerucuk besi dengan menggunakan tali. Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan rakan mangsa yang melihat kejadian itu, tali berkenaan putus secara tiba-tiba dan melibas mangsa. "Mereka kemudian menghubungi ambulans. Sebaik diperiksa pegawai perubatan yang tiba, mangsa didapati meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.Hatta berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.“Siasatan awal mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.

Dipetik dari Sinar Harian

Dikubur Tanah





Dipetik dari KOSMO


JELI: Seorang pekerja kontrak yang sedang mencangkul bagi meratakan tanah dalam lubang sedalam 1.5 meter bagi kerja penggantian paip lama, di Kilometer 81, Kampung Air Puteh, Lakota, dekat sini, terbunuh akibat tertimbus tebing lubang berkenaan yang runtuh, pagi semalam.Kejadian jam 10.50 pagi itu berlaku ketika remaja berkenaan, Mohamad Amir Mohd Azmi, 14, bersama empat pekerja lain melakukan kerja penggantian paip lama apabila tebing lubang yang dikorek menggunakan jengkaut sebelum itu, runtuh.Kemalangan menyebabkan mangsa yang tidak bersekolah parah di kepala dan patah tulang rusuk kanannya sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut saksi, Mohd Shukri Mohd Rashid, 19, tanah di sebelah kanan Mohamad Amir runtuh tiba-tiba dan menimbus seluruh tubuhnya.Mohd Shukri yang juga sepupu mangsa berkata, dia serta rakan lain tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku pantas dan ketika ketika itu, dia berada dua meter dari Mohamad Amir.

Monday, November 21, 2011

Tiga pekerja binaan cedera parah, koridor banglo runtuh

PETALING JAYA: Tiga buruh binaan mengalami kecederaan parah selepas koridor banglo tiga tingkat yang sedang dalam pengubahsuaian runtuh di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, pagi tadi.

Kesemua mangsa kini menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh dan keadaan mereka dilaporkan kritikal.
Ketika kejadian pada kira-kira jam 9.20 pagi itu, kesemua mangsa yang berumur antara 35 hingga 50 tahun sedang melakukan kerja kemasan terakhir pada koridor di tingkat tiga banglo berkenaan.
Akibat runtuhan itu, ketiga-tiga mangsa terjatuh bersama lantai koridor berkenaan sebelum dihempap dan mengakibatkan kecederaan teruk di kepala, badan dan kaki mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad, berkata siasatan awal mendapati bahagian koridor yang dibina tidak kukuh menyebabkan runtuhan berkenaan.

"Ketiga-tiga mangsa sedang bekerja di koridor berkenaan manakala dua lagi rakan mereka di aras bawah sedang membersihkan kawasan pembinaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, seramai 11 anggota bomba dan penyelamat bersama sebuah jentera dari Sungai Buloh mengambil setengah jam bagi mengeluarkan seorang mangsa yang dihempap konkrit selepas dua lagi rakannya berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital dengan bantuan orang ramai.
Katanya, pihaknya akan meneliti laporan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan sama ada pembinaan banglo itu mendapat kelulusan atau sebaliknya.

Sementara itu, dua lagi rakan mangsa terselamat kerana berada di tingkat bawah banglo berkenaan.

Dipetik: Berita Harian Online

Tuesday, October 25, 2011

Marco Simoncelli Malaysian GP - Pengajaran Yang Pahit

Komen dari rakan-rakan yang terbabit sbg first aider yg berkelayakan. Dipetik dari FB






Mohd Hayri Hassan
what a shame to us...how can Simoncelli falling down from stretcher while being so call rescued..somemore he is unconcious with head and neck injury that time..ambulance pun kelam kabut,where is your heli sir?..SIC better prepared for another penalty.saturday lost rm60k,this time dont know how much...we were there at Sepang to see those joker playing around with big incident.
— with Anuar Saidin.
LikeUnlike · ·Unfollow postFollow post · Share · Yesterday




3 people like this.
View all 2 shares


Kenari Malaya Dalam berita semalam bukan main ckp respond team kami merupakan yang terbaik & terlatih dlm mengatasi sebarang kecemasan or kemalangan di litar..leh dengar jek la
7 hours ago · LikeUnlike

Anuar Saidin KM: Tlg bagitau apa langkah2 yg first aider kena buat sblm pindahkan mangsa. Apa yg betul apa yg salah
6 hours ago · LikeUnlike


Kenari Malaya cara angkat stretcher berlari 2 pun dah salah..mcm mane nk sama step kalu berlari.kalu sorang lari laju sorang lari lambat mne nak dpt keseimbangan
6 hours ago · LikeUnlike

Anuar Saidin Macammana pula dgn mangsa. Boleh main letak mcm tu saja ka...
6 hours ago · LikeUnlike


Kenari Malaya dah tentu la xboleh sebb kita xleh nilai kecederaan dari luaran saja..myb ada kecederaan dalaman yg perlu dipandng serius juga..langkah pertama yg patut dibuat pasangkan collar pada tengkuk mangsa bagi menghadkan pergerakan.
6 hours ago · LikeUnlike

Anuar Saidin camna pula dgn back support . Perlu dipasang tak. Adakah medical marshall SIC ada benda tu...huhuuuu
2 hours ago · LikeUnlike

Wednesday, October 12, 2011

Program NRG-SHE @ Perak

“NRG-SHE” dengan kerjasama “JKKP / DOSH PERAK DARUL RIDZUAN” akan mengadakan “Majlis Dialog Bersama Semua Pengamal-Pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan” seperti maklumat berikut :

Tarikh : 27hb. Oktober 2011 Khamis
Tempat : HOTEL TOWER REGENCY & APARTMENT, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Masa : 02.00 petang sehingga 05.30 petang


Bayaran : RM50.00
Pendaftaran : Urusetia NRG-SHE (019-417 9673 / aladdinosama@gmail.com)
TEMPAT TERHAD - Sila Sahkan Penyertaan Sebelum 22 Okt 2011

SHO Mati Di Tempat Kerja


Tuesday, October 11, 2011

Topi keselamatan selamat nyawa

Dipetik dari KOSMO

11/10/2011 3:21pm


KUALA LUMPUR - Kesedaran menggunakan alat keselamatan ketika bekerja telah menyelamatkan nyawa seorang buruh warga Bangladesh selepas pelantar simen tempatnya berpijak runtuh dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah yang sedang dalam pembinaan di Brickfields di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata, kejadian pada kira-kira pukul 11 pagi itu bagaimanapun tidak mencederakan pekerja lain.

"Pada waktu kejadian, mangsa yang berumur 35 tahun itu sedang melakukan kerja-kerja menyimen di tingkat satu berseorangan sebelum pelantar setinggi empat meter itu runtuh,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Wan Bari berkata, bagaimanapun kerana kesedaran mangsa yang memakai topi keselamatan sewaktu bertugas menyebabkan dia hanya pengsan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Pelantar di tingkat satu bangunan 11 tingkat itu dipercayai baru lepas disimen dan belum kering, kata Wan Bari.

Katanya, kerja-kerja pembinaan di aras itu kini diberhentikan buat sementara waktu sehingga mendapat arahan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Difahamkan bangunan yang sedang dibina sejak dua tahun lepas itu akan dikenali sebagai ”Nu Sentral” mempunyai lebih 500 pekerja yang melakukan kerja-kerja pembinaan.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Christopher Chong Hon Fah berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11 pagi dan sebuah jentera dengan lebih 30 anggota terlibat dalam menyelamatkan mangsa.

"Kita mengambil masa satu jam meronda di kawasan kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat,” katanya. - Bernama

Friday, October 7, 2011

Himpunan Komen Berkaitan Kren Menara Tumbang

Pembaca semua,

Dipetik dari rangkaian mailinglist. Sekadar perbahasan berbentuk ilmiah untuk kepentingan semua:

Dari gambar yang dikemikakan, ada beberapa perkara yang boleh kita buat kesimpulan.
base terlalu kecil. Dalam design 5M x 5M x 1.5M, dalam praktik tinggal 4M x 4M x 1M saja. tapi ini nampak jauh lebih kecil, mungkin dalam design PE telah tidak mengambil kira macam-macam loading, terutama loading angin. Ada khabar angin, ada angin kencang yang telah menyebabkan kren ini runtuh. Untuk mobile crane, tidak boleh mengangkat beban kalau angin > 20 kph.
Kalau base kecil, base perlu diikat kepada piling kat bawah. Ni tak nampak apa-apa piling. Macam pokok dengan akar tunjang (tap root) tidak akan mudah tumbang bila dibandingkan dengan pokok yang tiada akar tunjang. Kalau dilihat sekeliling, belum ada satu piling pun dibuat.
Kren diperkuat dengan tie back kepada bangunan yang sedang dibina. Ini bangunan belum dibina, crane sudah mencapai 60 meter, atau hampir 20 tingkat! Kena lihat design, berapa tinggi kren ini dibolehkan "free-standing".
Sebelum kren boleh digunakan, DOSH akan membuat load test. Dalam load test akan nampak apakah kren ini stabil atau tidak. Pada hemat saya, dalam hal ini, load test jelas belum dibuat.
Untuk kren menara, design kren harus diluluskan oleh DOSH sebelum ia dipasang. Design mesti mengambilkira calculation yang dibuat oleh PE civil. Pemasangan kren mestilah dilakukan oleh registered erector.

Ir Daud Sulaiman
NIOSH Bangi


Kren tu ada tied up to another structure tak? Nampak mcm independant structure.

Salam n slmt pagi,

Apa yg dipraktikkan utk foundation tower crane mmg perlu diperiksa olah JKKP setelah PE design dikeluarkn..Spt di tpt sya, piling adalah wajib n pile cap yg dibina adlh mengikut height tower crane trsebut. Mengikut gambar, sy tgk tiada mslh dgn pile cap cuma, piling trsebut telah patah n kemungkinan ianya telah patah ketika aktiviti piling lg..
Walaupn PDA test telah dibuat tp bab ni yg rmai kontraktor atau consultant yg memasang tower crane ni di'adjust'..
Sekadar pndangan shj..

FROM NIOSH FORUM = CRANE SAFETY OPERATION (R&S)

Recently banyak kes kemalangan berlaku yang melibatkan skylift (Melaka) dan Tower Crane (Penang). Semakin banyak persoalan diwujudkan mengapa ianya terjadi sedangkan segala aspek safety telah diambil kira (Yea ker?). Kesemua jentera ini jelas mempunyai fitness certificate (PMA) mereka sendiri. Thus, persoalan yang wujud mengapa ianya terjadi, terutamanya apabila tapak tower crane itu sendiri terangkat keluar dari foundation dia!

Dalam aspek lifting, sesuatu load akan ditentukan oleh riggers dan kesesuaian teknik mengangkat akan ditentukan sebelum sesuatu load tersebut dibenarkan diangkat. Sesuatu crane juga dipasang dengan overload switch dimana, switch breaker akan berfungsi apabila excessive load diangkat. Still, terdapat ramai operator / kontraktor mematikan (bypass) switch ini bagi 'memudahkan' kerja mengangkat melebihi had beban. Namun, bagi kes kren failure, ini akan menyebabkan mast (Tiang) ataupun boom (Lengan) crane tersebut patah atau cable lum putus. So, persoalannya mengapa sampai tapak foundation terangkat sedangkan design tapak tersebut akan dilakukan oleh PE (Jurutera professional) dan ianya juga akan diperiksa oleh JKKP sebelum mast dasar dipasang? Adakah spesifikasi foundation crane tersebut dibina mengikut spesifikasi yang dibenarkan? Adakah ianya diuji mengikut spec yang diperlukan?

Sekiranya angin menjadi persoalan, maka angin juga merupakan satu aspek yang perlu diambil kira dalam pengoperasian crane, namun faktor sehingga menyebabkan kren jatuh....its too much! So....lets just wait and see what are the findings from 2 accidents happen in our 1 Malaysia nation!

nak kene tengok PE Drawing...tapi biasanya tapak tower crane ade piling....mcm tempat saya ...ade 4 batang piling... menggunakan 5 tan kerangka besi...gred 40 konkrit....tu yg pe cakap la....

tapi yg dlm gambar tu pasai apa kecik sgt tapak bawah dia....dan takde piling.....dimana silapnta..adakah PE yg salah perkiraan, atau pihak yg meluluskan tapak atau kontraktor yg buat tak ikut spec...

ntah la..sy pon bukan ade pengalaman power dlm bab pemasangan tower crane ni...mungkin otai2 lain ade pendapat yg belih bernas....


maybe boleh mula start dgn procedure pemasangan & operasi crane.
operasi crane required inspection & registration dari JKKP kan?

I'm not very familiar with tower crane. Anyone dari tapak bina yang boleh share prosedur pemasangan tower crane.
kalau tgk dari pic, base tower tu boleh sampai terangkat keluar. tanah lembut ke?

kalo footing pad tower leh tercabut, mana calculation Ir??? takde piling ker??

PULAU PINANG 4 Okt. – Seorang warga emas maut manakala tiga lagi parah selepas sebuah kren pembinaan sebuah hotel 20 tingkat tumbang dan menghempap sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Sri Bahari di sini tengah malam tadi.
Kren itu turut terkena bangunan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang terletak di belakang deretan rumah kedai tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, Liang Yit Kwang, 65, seorang pekerja kedai pengimpal besi maut dihempap kren itu ketika tidur di sebuah bilik di tingkat dua rumah kedai berkenaan.

Lokasi kejadian itu terletak kira-kira 200 meter dari Pejabat Utusan Malaysia Biro Pulau Pinang di Jalan Argyll di sini.

Deretan rumah kedai yang dibina sebelum zaman perang itu terletak kira-kira 50 meter dari tapak pembinaan tersebut.

Ketika kejadian, pemilik kedai kimpalan besi itu, Luar Chooi Guan, 78, bersama isteri, Chew Hong Choo, 76, dan anak lelakinya, Luar Seong Ean, 54, tidur di bilik berasingan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.20 tengah malam sebelum anggotanya dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan anggota dari lima balai iaitu Jalan Perak, Lebuh Pantai, Bagan Jermal, Paya Terubong dan Bayan Baru selain mendapat bantuan pasukan bomba sukarela serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Hasil pemeriksaan di rumah kedai ini, pihak kami menemui tiga mangsa yang cedera parah dan mereka semua dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

“Mangsa terakhir pula ditemui meninggal dunia akibat dihempap dinding kedai. Pihak kami terpaksa berhati-hati ketika mengalihkan runtuhan dinding itu kerana struktur bangunan sudah lama dan tidak stabil,” katanya.

Azmi berkata, pihaknya mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa serta memastikan tiada mangsa lain yang terperangkap.

Beliau berkata, kejadian itu mungkin berpunca daripada tapak kren yang tidak stabil menyebabkan ia tercabut dan tumbang ke arah rumah kedai itu.

Sementara itu, anak pemilik kedai itu, Luar Seong Teik, 52, berkata, Yee Khoon yang berasal dari Gurun, Kedah bekerja selama 30 tahun dengan keluarganya dan seorang pekerja yang baik.

“Saya begitu sedih dengan kejadian ini kerana ia meragut nyawa seorang pekerja kami, namun bersyukur kerana ibu bapa dan abang saya terselamat.

“Cuma sekarang saya tak tahu macam mana nak hubungi keluarga mangsa kerana dia tidak pernah cerita tentang keluarganya kepada saya,” katanya.

Dipetik dari UTUSAN

Monday, September 26, 2011

Wanita hamil cedera lif terhempas

KUALA LUMPUR — Seorang wanita hamil tujuh bulan patah kaki kanan selepas lif yang dinaikinya jatuh terhempas di pusat membeli belah Selayang Mall di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa Norazlina Mohd. Yusoff, 25, bersama enam lagi ahli keluarganya dan beberapa individu lain menggunakan lif tersebut untuk turun dari tingkat empat ke tingkat paling bawah.

Norazlina berkata, beliau sekeluarga masuk ke dalam lif itu dari tingkat empat kawasan parkir sebelum lif tersebut berhenti di tingkat tiga untuk mengambil penumpang yang merupakan satu keluarga dan tiba-tiba berhenti di tingkat ‘G’ (ground floor) tanpa pintu terbuka.

"Secara tiba-tiba lif tersebut naik semula ke tingkat satu sebelum terus menjunam ke tingkat paling bawah (lower ground),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.

Beliau berkata, kesemua mereka kemudiannya dikeluarkan oleh pengawal keselamatan bangunan itu dan orang ramai yang kebetulan berada di situ sebelum yang tercedera dikejarkan ke hospital tersebut.

"Ketika kejadian kira-kira 12 orang berada dalam lif termasuk keluarga saya yang terdiri dari suami, emak, nenek dan ahli keluarga lain dan ia berlaku sekelip mata...semua orang terjatuh dan keadaan menjadi huru-hara.

"Saya sendiri cuba menahan dari terjatuh bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan akibatnya kaki kanan patah namun saya bersyukur bayi dalam kandungan selamat, malah anak saudara berusia 8 bulan yang dikendong suami turut selamat,” kata Norazalina, seorang kerani swasta.

Norazalina berkata, mereka menunggu kira-kira 20 minit sebelum ambulans tiba dan ahli keluarganya yang cedera ringan seperti neneknya, mendapat rawatan pesakit luar di hospital itu.

Katanya, bagaimanapun mereka yang lain tidak mengalami kecederaan. — Bernama

Wednesday, June 22, 2011

Lembu, motosikal punca lif rosak

Lembu, motosikal punca lif rosak


2011/06/21
BUTTERWORTH: Tindakan tidak bertanggungjawab membawa masuk binatang ternakan termasuk lembu dan motosikal dalam lif, adalah antara punca menyebabkan kerosakan kemudahan itu yang disediakan untuk penghuni kediaman di bangunan tinggi di negara ini.

Kajian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ke atas kira-kira 2,000 lif di bangunan tinggi di ibu negara pada tahun lalu mendapati ada penghuni yang mementingkan diri dengan membawa masuk ternakan ke dalam lif.


Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, ketika merasmikan Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ketiga 3 anjuran Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara (NRG-SHE) di sini, semalam.

“Kajian JKKP mendapati salah satu punca kerosakan lif ialah (penghuni) membawa masuk motosikal dan ada juga membawa masuk lembu.

“Inilah yang menyebabkan lif rosak sehingga menimbulkan isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Maznah bagaimanapun, berkata kes sedemikian bukan penyebab utama kerosakan lif kerana kajian mendapati kemudahan berkenaan rosak akibat tidak diselenggarakan dengan sempurna.

Katanya, penyelenggaraan lif tidak dapat dilaksanakan berikutan sikap penghuni yang enggan menjelaskan yuran bulanan.
“Apabila satu lif rosak, pengurusan bangunan akan mengambil alat ganti daripada lif lain untuk memperbaiki dan akhirnya semua lif tidak dapat berfungsi sehingga menyusahkan semua penghuni,” katanya.

Bagi mengatasi keengganan penghuni menjelaskan yuran penyelenggaraan setiap bulan, Maznah berkata, kaedah yang dilaksanakan di beberapa negara dengan menyatukan yuran penyelenggaraan dengan sewa bulanan atau bil utiliti mungkin boleh dilaksanakan.

“Kajian wajar dilakukan untuk melihat kesesuaian yuran penyelenggaraan disatukan dengan sewa rumah ataupun bil utiliti dan ini dapat mengelak penghuni tidak menjelaskan yuran penyelenggaraan,” katanya.

Sementara itu, Maznah berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membayar pampasan berjumlah RM1.678 bilion kepada mangsa kemalangan di tempat kerja tahun lalu, peningkatan 19.3 peratus berbanding 2009 yang berjumlah RM1.354 bilion.

Monday, April 18, 2011

Dua pekerja kontrak ditemui lemas

GEORGE TOWN - Dua pekerja kontrak ditemui lemas ketika melakukan kerja-kerja pembersihan saluran kumbahan dalam kejadian di depan pintu masuk kediaman mewah, Marina Bay, Bagan Jermal di sini semalam.

Kejadian pukul 11 pagi itu mengakibatkan Rashidi Rusli, 26 dan Zakaria Ahmad, 32, meninggal dunia.

Difahamkan, mereka bersama beberapa pekerja kontrak lain sedang membersihkan saluran kumbahan tersebut yang terletak di dalam longkang yang mempunyai kedalaman 9.1 meter.

Kedua-dua mangsa didakwa baru diambil bekerja oleh sebuah syarikat kontraktor yang dilantik Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

Lebih malang, mereka sepatutnya beristirehat ketika kejadian tetapi telah dipanggil bekerja lebih masa.

Seorang rakan mangsa, Mohd. Sufian Mohd. Yusuf, 19, berkata, dia hairan apabila mendapati kedua-dua rakannya itu tidak menyahut ketika dipanggil sebaik mendapati air mula naik di dalam longkang tersebut.

"Saya mula cemas dan terus memberitahu rakan-rakan lain sebelum menghubungi pihak berkuasa," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba negeri, Mohd. Razam Taja Rahim memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 12.47 tengah hari.


Nota kaki: Perbincangan isu ini akan dipostingkan pada posting yang akan datang

Bayi lemas dalam kolam ikan hiasan

Dipetik dari berita harian:

CHANGLUN: Seorang bayi lelaki berusia 14 bulan ditemui mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan hiasan di halaman rumahnya di Taman Teja, dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang itu, Muhamad Amirul Wajdi Riduawan dikatakan merangkak seorang diri dari dalam rumahnya menuju ke kolam ikan itu tanpa disedari abang dan kakaknya yang berada di dalam rumah.

Bapa mangsa, Riduawan Che Man, 34, berkata ketika kejadian beliau baru selesai memotong rumput di halaman rumah dan berehat di bangsal tepi rumahnya sebelum terdengar jeritan anak sulungnya, Nurizzati Irwani, 9, memberitahu adik bongsu daripada empat beradik itu lemas dalam kolam sedalam 0.5 meter itu.

“Anak sulung saya mengangkat adiknya dari kolam itu dan meletakkan di tepi. Tanpa berfikir panjang, saya terus melakukan bantuan pernafasan ke mulut anak saya dan ketika itu beliau menunjukkan tindak balas.

“Saya kemudian membawa anak ke Hospital Jitra (HJ) untuk mendapatkan rawatan segera tetapi doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia jam 9 malam kelmarin akibat lemas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Riduawan berkata, ketika kejadian, isterinya, Zaliza Said, 34, sedang tidur di dalam rumah akibat keletihan selepas baru pulang membeli-belah di Padang Besar, Perlis.
Katanya, tiga anaknya yang lain ketika itu sedang bermain dengan arwah tetapi mula mencari adik mereka selepas mendapati beliau tiada di dalam rumah.

“Empat anak saya termasuk arwah tinggal dengan saya kerana ibunya bertugas sebagai jururawat di Hospital Pulau Pinang dan berulang-alik seminggu sekali untuk bersama keluarga.

“Disebabkan saya sudah berjanji untuk membawa keluarga bercuti di Perlis selain menziarahi ibu saya yang sedang sakit, isteri mengambil cuti untuk menjaga anak-anak tetapi saya tidak sangka ia akan berakhir dengan tragedi,” katanya.

Beliau berkata, arwah anaknya manja sejak seminggu lalu dan kerap memanggil abah berulang kali kelmarin seperti sudah tahu ajalnya akan tiba.

Jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, dekat sini, malam kelmarin.

Nota kaki: Takziah buat keluarga mangsa. Taman Teja dkt je dengan rumah parent aku.Insyaallah jika berkesempatan akan pergi kat rumah tersebut. Buat HIRARC ttg kejadian ini.

Nahas tempat kerja berkurang 50 peratus

KUALA LUMPUR: Kemalangan membabitkan pekerja ketika berada di tempat kerja meunjukkan penurunan hampir 50 peratus dalam tempoh 10 tahun bermula tahun 2000 hingga tahun lalu, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, rekod yang dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial
(Perkeso) mencatatkan jumlah kemalangan pada tahun 2000 iaitu sebanyak
95,000 kes, manakala jumlah kemalangan yang direkodkan tahun lalu didapati menurun kepada 57,000 kes, sekali gus menunjukkan penurunan hampir 40,000 kes.

Menurutnya, perangkaan itu membuktikan majikan di negara ini sentiasa
mengutamakan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja bagi mengurangkan
risiko berlakunya kemalangan mahupun kecederaan di tempat kerja yang bukan saja mengakibatkan kecederaan sementara dan kekal, malah meragut nyawa. “Selain itu, jumlah yang direkodkan bagi kes kemalangan ketika berulang-alik ke tempat kerja turut menunjukkan pola penurunan ketara iaitu sebanyak 75,000 kes terjadi pada tahun 2000 manakala hanya 35 ribu kes berlaku sehingga penghujung tahun lalu.


“Dalam kes itu, lebih 65 peratus mangsa yang terbabit dalam kemalangan
ketika ke tempat kerja adalah di kalangan penunggang motosikal. Sehubungan
dengan itu saya menggesa semua agensi yang berkaitan untuk lebih menumpukan kepada langkah pencegahan kemalangan kepada penunggang motosikal,” katanya pada sidang media selepas Seminar Pencegahan Kemalangan Perkeso 2011, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Eksekutif Perkeso, K Selvarajah. ; Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Datuk Dr Ir Johari Basri dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegah Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.


Subramaniam berkata, penurunan kes kemalangan ini diyakini mampu dikekalkan sekiranya kerjasama padu dilaksanakan terutama antara pekerja dan majikan dalam usaha menangani kes kemalangan di tempat kerja dan sewaktu perjalanan ke tempat kerja.


“Perkara asas yang perlu diutamakan adalah sikap individu itu sendiri terutama dalam aspek menjaga keselamatan diri sendiri kerana sikap individu yang lebih berhati-hati selain peka dengan sebarang risiko berlakunya kemalangan adalah aset utama mencegah kemalangan,” katanya.

Friday, April 15, 2011

NEW CEP POINT SYSTEM

Dicopy dari email yang dihantar oleh Setiausaha NRG-SHE ke ahli-ahli

Assalamualaikom wrt dan salam sejahtera

Perbualan selepas bermesyuarat dengan Puan Muaziah pagi tadi:

Q: Puan, ahli NRG nak kepastian sistem point betul-betul dah bermula. Untuk tahun ni kena kumpul 30 point?
A: Yes, yes ....this year dah effective, you bagi tahu diaorang mesti kumpul 30 point tahun ni.

Q: Macam mana dengan announcement kat website DOSH? Last month meeting Puan kata nak publish dah.
A: Dah ready.....tapi ada last minute minor changes.

Q: Ahli NRG dah tak sabar menunggu ni. Seminggu dua lagi ok kot?
A: Ya, rasanya boleh.

So, sementara menunggu update di website DOSH, saya cadangkan semua ahli register Conference OSH NRG (15 CEP points) sebab tahun ini agak kurang CEP program yang akan dianjurkan. Setahu saya, hanya ada 2 program CEP sehingga August nanti.

regards,
azhar

Tuesday, February 1, 2011

Anuar mengalah?


Gambar-gambar stage 2 Kangar-Butterworth nantila aku upload. Demam teruk ni...

so hari ni petik berita KOSMO je la....

PELUMBA Terengganu Cycyling Team (TSG), Anuar Manan seakan-akan sudah mengibarkan 'bendera putih' dalam perebutan Jersi Biru (Raja Pecut) pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011.

Atas kertas, peluang Anuar untuk mempertahankan gelaran Raja Pecut 2010 itu dianggap sudah tertutup selepas dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-32 pada peringkat kesembilan dari Melaka ke Nilai sejauh 127 kilometer (km) semalam.

"Peluang saya untuk mempertahankan Jersi Biru ini semakin tipis selepas saya gagal menambah kutipan mata dan memenangi peringkat pada perlumbaan hari ini (semalam)," kata pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu.

"Perlumbaan hari ini (semalam) sangat laju dan saya terpaksa bekerja keras untuk mengejar pelumba di depan selepas beberapa orang daripada mereka membuat pemecahan daripada kelompok besar. Situasi ini menye- babkan saya keletihan.

"Sebenarnya, saya tidak menghadapi masalah dengan perubahan laluan yang dilakukan pada saat-saat akhir perlumbaan hari ini (semalam) tetapi keadaan cuaca serta permukaan jalan yang tidak rata memberi sedikit kesukaran."

Ketika ini, Anuar menduduki tempat ketiga dalam perebutan Jersi Biru selepas ketinggalan masing-masing 23 dan empat mata di belakang dua pencabar terdekatnya, Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini- Neri Sottoli dan pelumba Tabriz Petrochemical Team (TPT), Boris Shiplevsky.

Bagaimanapun secara matematiknya, Anuar masih berpeluang untuk memintas Guardini dan Shiplevsky sekiranya dia berjaya mengutip mata maksimum pada tiga zon pecut dan menjadi pe- menang peringkat pada perlumbaan terakhir LTdL 2011 dari UiTM Shah Alam ke Kuala Lumpur (104.6km) hari ini.

Dalam masa yang sama, dia juga berharap kedua-dua pencabarnya itu tidak mengutip sebarang mata pada zon pecut pertama di Paya Jaras (42.6km) dan dua zon pecut terakhir di Kuala Lumpur.

"Esok (hari ini) saya akan cuba melakukan yang terbaik kerana ini adalah pelu- ang terakhir saya untuk menjadi pemenang peringkat.

"Meskipun peluang saya untuk memenangi Jersi Biru semakin sukar, saya tidak akan berputus asa. Saya akan bekerja keras. Ia bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi bagi membantu pasukan berada pada kedudukan yang lebih baik," katanya.

Sementara itu, jurulatih TSG, Syed Husaini Syed Mazlan turut mengakui peluang Anuar untuk mempertahankan Jersi Biru itu semakin sukar.

Bagaimanapun, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan para pelumba pasukan itu dalam penampilan pertama mereka bersama pasukan benua baru itu pada edisi ke-16 LTdL ini.

Pada perlumbaan semalam, Mohd. Harrif Salleh menamatkan perlumbaan di tempat ke-33, satu kedudukan di belakang Anuar manakala Phucong Sai-Udomsin (54), Shinichi Fukushima (57), Mohd. Shahrul Mat Amin (75) dan Mohammad Saufi Mat Senan (93).

OSH DIALOGUE SAFETY PRACTITIONER WITH DOSH / JKKP STATE DIRECTOR (KEDAH & PERLIS)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dimaklumkan “NRG-SHE” dengan kerjasama “JKKP / DOSH = KEDAH & PERLIS” akan mengadakan “Majlis Dialog Bersama Semua Pengamal -Pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan” seperti maklumat berikut :
Tarikh : 24hb. Feb. 2011 (Hari : Khamis)
Tempat : CINTA SAYANG RESORT, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN (SILA LIHAT LAMPIRAN)
Masa : 02.00 petang sehingga 05.30 petang
Bayaran : RM50.00Pendaftaran : Urusetia NRG-SHE (019-417 9673 / aladdinosama@gmail.com)


Penyakit dalam kapal terbang


Dipetik dari KOSMO Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

MEMILIH untuk menaiki kapal terbang ke destinasi pilihan tentunya memberi keterujaan apatah lagi jika ia pengalaman pertama.
Namun, dalam keseronokan untuk terbang, masih ada perkara yang perlu diambil berat demi memastikan keselesaan anda sebagai penumpang di sepanjang penerbangan.
Ini kerana boleh dikatakan hampir semua penumpang kapal terbang tidak dapat lari daripada merasai tekanan di bahagian dalam telinga ketika pesawat hendak berlepas mahupun mendarat.
Gangguan sindrom telinga pesawat yang juga dikenali sebagai airplane ear atau barotrauma ini boleh mengakibatkan telinga berdengung dan rasa sakit di bahagian dalam telinga.
Penulis sendiri sering berdepan gangguan yang sama setiap kali menaiki kapal terbang, adakalanya kesakitan tersebut boleh mengundang masalah lain seperti pening dan loya.
Apa yang lebih teruk, keadaan ini boleh berlarutan selepas beberapa jam pesawat mendarat.
“Apa yang anda alami bukan perkara biasa. Biasanya, penumpang hanya mengalami sedikit tekanan dan telinga berdengung, tetapi selepas pesawat mendarat, ia sudah hilang sepenuhnya.
“Mungkin kesihatan yang kurang baik ketika menaiki kapal terbang memburukkan lagi tekanan telinga pesawat yang dialami,” ulas Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.
Ditafsirkan sebagai kecederaan pada bahagian telinga tengah, gejala tersebut disebabkan oleh perubahan tekanan udara sewaktu dalam penerbangan.
“Tekanan telinga pesawat boleh berlaku di kedua-dua belah telinga.
Seperti dicucuk“Ia akan lebih serius apabila penumpang terbang ketika sedang mengalami selesema, hidung tersumbat, alahan hidung, tekak atau jangkitan resdung.
“Gejala yang sama juga boleh berlaku jika memandu di kawasan pergunungan atau berada di tempat yang tinggi serta ketika menyelam skuba,” jelas Raymond.
Menurutnya lagi, tekanan udara yang tidak seimbang di antara telinga tengah dan tekanan udara persekitaran boleh menghalang gegendang telinga bergetar secara normal.
“Apabila tekanan udara persekitaran berubah secara mendadak, saluran eustachia yang menghubungkan bahagian tekak dan telinga tengah tidak dapat memberi reaksi pantas yang boleh menyeimbangkan tekanan menjadi punca gangguan ini terjadi.

“Telinga akan berdengung dan akan lega jika mengunyah atau menelan makanan,” ujarnya.
Bagaimanapun, bagi penumpang yang mengalami tekanan yang disusuli rasa sakit seperti bahagian dalam telinga dicucuk dengan benda tajam, Raymond memberitahu itu bukan gejala biasa.
“Jika saluran eustachia tersebut tersumbat atau mempunyai masalah lain seperti jangkitan kuman, tekanan di telinga tengah boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.
“Pendengaran akan mulai merosot, telinga tidak selesa, berdengung, pendarahan daripada telinga yang boleh menyebabkan pening dan kesakitan dalam telinga yang berpanjangan,” katanya.
Apa yang lebih membimbangkan, gangguan ini boleh mendatangkan risiko besar kepada kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.
“Tekanan ini mampu membocorkan telinga tengah dan mengakibatkan lebih banyak masalah. Telinga mereka akan sakit dan rasa tidak selesa, itu menyebabkan mereka kuat menangis.
“Segera periksa telinga anak anda selepas tangisan mereka reda. Jika ada lelehan nanah atau darah, bawa segera anak berjumpa doktor untuk rawatan lanjut,” ujarnya.
NanahKebocoran telinga tengah boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar kerana ia berfungsi sebagai dinding penutup bahagian dalam dan luar telinga, sama seperti jika perut anda bocor hingga menampakkan usus dan isi perut.
“Apabila disahkan ada kebocoran pada telinga tengah, ritma kehidupan mereka turut terganggu.
“Pesakit tidak boleh berenang kerana air yang memasuki telinga akan menyebabkan telinga mendapat jangkitan kuman.
“Jika itu berlaku, telinga mudah bernanah. Pesakit juga sentiasa terdedah kepada pencemaran seperti habuk dan terpaksa menanggung kesakitan apabila mendengar bunyi yang kuat. Pembedahan perlu dijalankan untuk menutup semula kebocoran tersebut,” tambahnya.

Bagaimanapun, sekiranya telinga bocor ini dialami oleh kanak-kanak, mereka terpaksa menunggu hingga usia 16 tahun untuk dibedah.
“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko untuk mendapat tekanan telinga pesawat yang membawa kebocoran telinga dalam.
“Jika kebocoran terjadi, pembedahan tidak terus dilakukan kerana bahagian dalam telinga kanak-kanak masih kecil dan perlu menunggu umur sekurang-kurangnya 16 tahun untuk dibedah.
“Saranan saya, pastikan anda mempunyai sesuatu untuk dikunyah seperti asam atau gula-gula getah ketika berada di kawasan tinggi.
“Gangguan tekanan telinga pesawat biasanya timbul daripada masalah kesihatan yang lain. Jika anda merancang untuk menaiki kapal terbang atau menyelam skuba, pastikan kesihatan anda berada di tahap yang baik.
“Pesakit resdung dan penghidap selesema atau jangkitan hidung berisiko untuk mendapat tekanan yang lebih teruk berbanding penumpang yang sihat,” nasihatnya.