Saturday, January 14, 2012

NRG-SHE & UNIMAP

Melaka, 07 Jan 2012 - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus menjalinkan kerjasama dengan enam industri dan agensi di Malaysia dalam usaha meningkatkan penyelidikan serta inovasi universiti tersebut.Majlis menandatangani Memorandum persefahaman (MoU) itu diadakan di Sterling Hotel, hari ini.

Enam industri dan agensi tersebut adalah Kosmo Biotechnology Sdn Bhd, , Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara, Sri Jentayu Sdn Bhd, Sirim Berhad, Mechanical Training Solution Sdn Bhd dan Ergoworks Sdn Bhd.
UniMAP diwakili Naib Canselornya, Brig. Jen. Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin manakala Kosmo Biotechnology Sdn Bhd diwakili pengarahnya Mohd Dzuhari b. Dr Mohd Daud, Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara; diwakili oleh Timbalan Pengerusinya, Mohamad Aliasman Morshidi.
Sri Jentayu Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan, Zakaria Hussin, Sirim Berhad diwakili oleh Ketua Esekutifnya Dr Hj Zainal Abidin Mohd Yusof, Mechanical Training Solution Sdn Bhd diwakili Pengarahnya Thariq Husni dan Ergoworks Sdn Bhd diwakili Pengarahnya Dr Jalaluddin Dahalan.

Majlis tersebut disaksikan oleh Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail yang juga Canselor UniMAP dan DYTM Raja Puan Muda DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah merangkap Pro-Canselor UniMAP.

Prof Dr Kamarudin berkata dengan kerjasama yang terjalin ini diharapkan pelbagai produk penyelidikan serta inovasi dapat dihasilkan dalam menghasilkan produk yang mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.
“Sebagai contoh kita menjalinkan kerjasama dengan Sirim dan Mechanical Training Solution (MTS) Sdn Bhd dalam aspek tenaga boleh diperbaharui (RE) tambahan lagi UniMAP juga telah memulakan program RE ini secara berskala dan loji pandu.
Saya percaya kerjasama ini adalah langkah strategik dalam menghasilkan satu pembaharuan dalam bidang solar ini,”katanya.

Beliau menyatakan sebelum ini projek pertama RE Sirim dan MTS adalah pemasangan empat unit wind turbine di Masjid Terapung Kuala Perlis.

Pemenang Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2011

Keputusan Pemenang Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2011


Laporan Keputusan Pemenang Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2011

1.
Elektrik/Elektronik
Freescale Semiconductor Malaysia Sdn Bhd, Selangor

2.
Petroleum / Gas / Kimia
Petronas Ammonia Sdn Bhd, Terengganu
3.
Lain-Lain Pengilangan
Kuala Lumpur Kepong Bhd (Kilang Kelapa Sawit Batu Lintang, Serdang), Kedah

4.
Industri Kecil Dan Sederhana
Malaysian Mud And Chemicals Sdn Bhd, Sabah

5.
Perlombongan Dan Penguarian
Hanson Quarry Products Sdn Bhd, Sungai Buloh, Selangor

6.
Pembinaan
Shimizu-Nishimatsu-UEMB-IJM Joint Venture (Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor), Selangor
7.
Pertanian
United Plantations Bhd, Perak

8.
Perhutanan
Rakyat Berjaya Sdn Bhd, Sabah

9.
Kemudahan Elektrik
Petronas Gas Bhd (Centralised Utility Facilities Gebeng), Pahang
10.
Kemudahan Gas
Petronas Gas Bhd, Negeri Sembilan

11.
Kemudahan Air
Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Logi Pembersihan Air Sg. Selangor), Selangor
12.
Kemudahan Kebersihan
Kualiti Alam Sdn Bhd, Negeri Sembilan

13.
Pengangkutan
Konsortium E-Mutiara Berhad, Kelantan

14.
Penyimpanan
Kertih Terminals Sdn Bhd, Terengganu
15.
Komunikasi
Telekom Malaysia Bhd, Kelantan

16.
Harta Tanah
KLCC Urusharta Sdn Bhd (Petronas Twin Towers), Kuala Lumpur

17.
Perkhidmatan Perniagaan
Convex Malaysia Sdn Bhd (Kuala Lumpur Convention Centre), Kuala Lumpur

18.
Perkhidmatan Awam Dan Pihak Berkuasa Tempatan
Lembaga Pelabuhan Miri, Sarawak

19.
Ketua Pegawai Eksekutif Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
En. Soon Chong Beng, Pengarah Urusan, Freescale Semiconductor Malaysia Sdn Bhd

20.
Media
Radio Television Malaysia (RTM), Kuala Lumpur

21.
Anugerah Khas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Lesson Learn-UiTM diarah bayar bekas pelajar RM254,059

BERNAMA 12-JAN-2012

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) membayar gantirugi RM254,059 kepada bekas pelajar universiti itu yang mengalami kecederaan dalam kemalangan di kampus universiti itu pada Mei 2006.

Hakim Datuk Hinshawati Shariff memberikan plaintif, Nur Faizurah Amat @ Sani, RM24,058.99 sebagai gantirugi khas, RM70,000 ganti rugi am dan RM20,000 bagi surgeri di masa depan bagi kecacatan pada kakinya.

Plaintif juga diberikan RM15,000 bagi tulang belakangnya yang retak, RM10,000 bagi parut di badannya, RM5,000 bagi kecederaan di kepala dan RM40,000 bagi kesakitan dan penderitaan dan RM70,000 bagi pengehadan perubatan iaitu tidak boleh mempunyai lebih daripada tiga orang anak akibat kecederaan itu.

Nur Faizurah, 30, yang kini bekerja sebagai eksekutif bank, cedera parah dan terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang apabila beliau tersadung dan terjatuh dari tingkat dua bangunan Menara Sultan Abdul Aziz Shah di universiti itu di Shah Alam pada 21 Mei 2006.

Beliau berada di sana bagi mengambil jubah dan untuk menghadiri raptai bagi majlis konvokesyen selepas menamatkan pengajian pada 2005.

Hakim Hinshawati berkata UiTM didapati 70 peratus bertanggungjawab manakala kontraktor yang melakukan kerja pengubahsuaian di tingkat dua bangunan itu 30
peratus bertanggungjawab bagi kemalangan itu.

Beliau juga memerintahkan defendan menanggung kos perbicaraan itu dengan jumlahnya akan ditentukan kemudian.

Dalam kemalangan itu, Nur Faizurah berada di lobi lif di tingkat dua Menara Sultan Abdul Aziz Shah apabila beliau tersadung pada sesuatu dan hilang imbangan badan sebelum terjatuh pada jarak setinggi 6.09 meter (20 kaki) ke tingkat bawah.

Plaintif dalam tuntutannya difailkan pada 2008 berkata kawasan tempat beliau jatuh sedang diubahsuai, dengan terdapat banyak pasir dan bahan binaan di atas lantai, manakala besi penghadang di sekeliling balkoni itu telah dialih tanpa sebarang tanda atau notis untuk memberi amaran kepada orang ramai mengenai kerja ubahsuai itu.

Oleh yang demikian, berlaku kecuaian di pihak defendan dalam mentadbir kawasan ubah suai itu kerana tiada penghadang diletakkan untuk mengelak pelajar
daripada pergi ke balkoni yang terdedah dan bahaya, katanya.

Plaintif dihantar ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) dan dirawat selama sebulan di samping menjalani pembedahan tulang belakang.

Pembedahan dan rawatan di SMC memerlukan Nur Faizurah membayar RM32,256 dan beliau telah meminta UiTM membayar bil perubatan itu tetapi universiti itu enggan berbuat demikian dan meminta kontraktor menanggung kos itu.

Bagaimanapun, kontraktor hanya membayar RM20,000 daripada bil itu dan enggan membayar lebih banyak, mengakibatkan defendan masih berhutang dengan SMC
manakala hospital itu enggan memberikan rawatan susulan kepadanya sehingga hutang itu diselesaikan.

Akibat kecederaan itu, beliau sering berasa sakit dan tidak boleh berdiri atau duduk bagi tempoh yang lama, berjalan untuk jarak yang jauh atau terbabit dalam aktiviti sukan. Kesakitan itu bertambah teruk dalam keadaan cuaca sejuk.

Plaintif juga mendakwa kecederaan itu turut menjejaskan prospek kerjayanya dan keupayaan untuk bekerja.