Melaka, 07 Jan 2012 - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus menjalinkan kerjasama dengan enam industri dan agensi di Malaysia dalam usaha meningkatkan penyelidikan serta inovasi universiti tersebut.Majlis menandatangani Memorandum persefahaman (MoU) itu diadakan di Sterling Hotel, hari ini.
Enam industri dan agensi tersebut adalah Kosmo Biotechnology Sdn Bhd, , Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara, Sri Jentayu Sdn Bhd, Sirim Berhad, Mechanical Training Solution Sdn Bhd dan Ergoworks Sdn Bhd.
UniMAP diwakili Naib Canselornya, Brig. Jen. Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin manakala Kosmo Biotechnology Sdn Bhd diwakili pengarahnya Mohd Dzuhari b. Dr Mohd Daud, Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara; diwakili oleh Timbalan Pengerusinya, Mohamad Aliasman Morshidi.
Sri Jentayu Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan, Zakaria Hussin, Sirim Berhad diwakili oleh Ketua Esekutifnya Dr Hj Zainal Abidin Mohd Yusof, Mechanical Training Solution Sdn Bhd diwakili Pengarahnya Thariq Husni dan Ergoworks Sdn Bhd diwakili Pengarahnya Dr Jalaluddin Dahalan.
Majlis tersebut disaksikan oleh Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail yang juga Canselor UniMAP dan DYTM Raja Puan Muda DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah merangkap Pro-Canselor UniMAP.
Prof Dr Kamarudin berkata dengan kerjasama yang terjalin ini diharapkan pelbagai produk penyelidikan serta inovasi dapat dihasilkan dalam menghasilkan produk yang mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.
“Sebagai contoh kita menjalinkan kerjasama dengan Sirim dan Mechanical Training Solution (MTS) Sdn Bhd dalam aspek tenaga boleh diperbaharui (RE) tambahan lagi UniMAP juga telah memulakan program RE ini secara berskala dan loji pandu.
Saya percaya kerjasama ini adalah langkah strategik dalam menghasilkan satu pembaharuan dalam bidang solar ini,”katanya.
Beliau menyatakan sebelum ini projek pertama RE Sirim dan MTS adalah pemasangan empat unit wind turbine di Masjid Terapung Kuala Perlis.
No comments:
Post a Comment