Friday, February 10, 2012

Kren Tumbang Hempap Empat Kenderaan


Petikan berita dari akhbar-akhbar utama

Ahmad Ismadi Ismail
9 Februari 2012 / SINAR



INSIDEN kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan jatuh menghempap sebuah kereta dan serpihan besi juga merosakkan dua buah kereta yang diletakkan berdekatan di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR - Kren bangunan tumbang menghempap empat kenderaan dalam satu kejadian berhampiran Hotel Continental, Jalan Ampang di sini, kira-kira jam 1.20 tengahari tadi.

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus projek sebuah syarikat pembinaan nyaris maut selepas kepala sebuah kren di tapak pembinaan bangunan 35 tingkat berhampiran Hotel Inter Continental di Jalan Ampang di sini, patah petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, empat kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Perodua Kelisa, Proton Wira dan Proton Satria, yang diletakkan di kawasan berkenaan manakala sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Lexus, yang sedang melalui kawasan itu remuk teruk di bahagian belakang.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Eric, 52 berkata, dia sedang dalam perjalanan denga memandu Toyota Lexus untuk mengambil majikannya yang sedang membeli-belah di Menara Berkembar Petronas.

“Saya cuba mengelak sesuatu yang jatuh dari atas bangunan itu, namun sebahagian kren menghempap bahagian belakang kereta, mujurlah saya selamat,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Albert Sam, 37, berkata, dia biasanya memandu di kawasan itu untuk menghantar majikannya ke pejabat.

“Saya bernasib baik tidak melalui jalan itu pada hari ini kerana mengikut gerak hati, saya melihat kren yang jatuh ketika itu seperti ‘gempa bumi’ sedang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khairudin Drahman berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan telah mengarahkan kerja pembinaan itu ditangguhkan sehingga siasatan selesai.

“Kami menerima panggilan kira-kira jam 1.23 tengah hari, seramai 15 anggota dan dua buah jentera dari Balai Bomba dan penyelamat Pusat dan Chow Kit, jentera pertama sampai ke lokasi kejadian 14 minit kemudian,” katanya.

Bagaimanapun, katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

09/02/2012 9:04pm KOSMO



KUALA LUMPUR — Empat buah kereta rosak teruk apabila sebuah kepala kren terjatuh di kawasan pembinaan bangunan pejabat 35 tingkat berhampiran Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Ampang Park di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan yang diparkir di kawasan itu melibatkan sebuah Perodua Kelisa, Proton Wira dan Proton Satria.

"Sebuah lagi kereta pacuan empat roda, Toyota Lexus, yang sedang melalui kawasan itu remuk teruk di bahagian belakang,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Khirudin berkata, bomba masih menyiasat punca kren itu patah bagi memastikan aspek keselamatan bangunan berkenaan terjamin.

"Semua aktiviti pembinaan di bangunan itu dihentikan sementara sehingga pengesahan keselamatan selesai (diperoleh),” katanya. - BERNAMA

2012/02/09 BH

KUALA LUMPUR: Empat buah kereta rosak teruk apabila sebuah kepala kren terjatuh di kawasan pembinaan bangunan pejabat 35 tingkat berhampiran Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Ampang Park di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan yang diletakkan di kawasan itu membabitkan sebuah Perodua Kelisa, Proton Wira dan Proton Satria.



"Sebuah lagi kereta pacuan empat roda, Toyota Lexus, yang sedang melalui kawasan itu remuk teruk di bahagian belakang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Tiada kemalangan jiwa berlaku.



Khirudin berkata, bomba masih menyiasat punca kren itu patah bagi memastikan aspek keselamatan bangunan berkenaan terjamin.

"Semua aktiviti pembinaan di bangunan itu dihentikan sementara sehingga pengesahan keselamatan selesai," katanya.

Seramai 15 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah dan Balai Bomba Chow Kit dihantar ke tempat kemalangan selepas mendapat panggilan pada jam 1.20 tengah hari.

Pemandu kereta Toyota Lexus itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Eric, 52, berkata beliau amat terkejut dan agak trauma kerana masih merasai hentaman kuat serpihan kren yang jatuh di bahagian kiri belakang bumbung keretanya ketika melalui kawasan berkenaan.

"Saya sedang memandu di jalan itu dan ternampak sesuatu jatuh di depan. Saya cuba mengelak, tetapi kereta saya terkena juga serpihan kren sehingga remuk bahagian bumbung, pintu dan belakang kereta saya," katanya. - BERNAMA

Published: Thursday February 9, 2012 MYT 5:22:00 PM STAR
Updated: Thursday February 9, 2012 MYT 7:55:40 PM STAR
Three escape death after crane fell from 35 floors up



KUALA LUMPUR: Three people escaped being crushed to death by a crane that fell from the 35th floor of a building in Jalan Ampang.

A man, who wished to be indentified only as Zambri, said he was driving his company's car with two colleagues when he saw some small stones falling on his car at about 1.15pm Thursday.

He immediately sped off and as he looked at his rear mirror, he saw the crane crashed into the ground behind him.

“If I had not sped off we would have been dead," he said at the scene.

The crane, from a building under construction, destroyed four vehicles, including the luxury Lexus car. No one was injured but the entire Jalan Binjai was closed to traffic.

City Fire and Rescue Department director Khiruddin Draman said they are investigating the incident.

No comments: