Thursday, December 30, 2010

Jumaat 31 -12-21010 Cuti Umum Malaysia

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan.
Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu.

Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71.

Satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87.

Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam ini mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum.

Dalam kenyataannya kepada Bernama itu, beliau mengisytiharkan cuti umum berkenaan bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.

Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

Piala Suzuki AFF 2010


gambar dipetik dari kedahlanie

JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat 4-2, semalam.

Bertambah manis anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.

Ternyata bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu cukup membantu kerana gol di tempat lawan yang dijaringkan oleh Safee Sali menjadi faktor penting mematahkan api perjuangan Indonesia yang mahu mencipta jaringan pendahuluan.

Bukan sekadar itu, penyerang negara, Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi pesaing terdekat, Cristian Gonzales.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini diilhamkan daripada gerakan pantas Mohd. Ashari Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan pemain Terengganu itu melakukan hantaran jauh yang disambut dengan baik oleh Safee Sali.

Safee dengan tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik melepaskan rembatan kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus Harison untuk memberikan gol penting di tempat lawan.

Biarpun Indonesia dengan mendapatkan dua jaringan pada minit ke-71 melalui Mohamad Nasuha dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87, ia sudah terlewat buat skuad Garuda bangkit mengatasi Malaysia yang menang dengan kelebihan agregat 4-2.

Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat wajar diberikan pujian menggunung kerana beraksi cemerlang menghalang hajat Indonesia memburu gol yang lebih besar termasuk menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-18 yang diambil oleh Firma Utina.

Walaupun pertahanan negara yang dikemudi oleh Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas bocor sebanyak dua kali, ketenangan dan kesungguhan semangat juang pemain Malaysia bertahan jelas menjadi kunci utama kejayaan bersejarah Malaysia.

Apa yang penting, kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF akan menutup mulut media dan peminat Indonesia yang tidak henti-henti melancarkan provokasi semenjak hari pertama skuad Malaysia tiba di Jakarta.

Malahan, sebelum perlawanan, mental pemain Malaysia didera habis-habisan oleh penyokong tuan rumah yang menyebut perkataan Maling! Maling! dan membuat bising semasa lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.

Bertambah pahit buat pihak Indonesia, ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final.

Selain membawa pulang trofi AFF, Malaysia meraih wang tunai sebanyak A$$100,000 sementara Indonesia mendapat A$$ 50,000.

Pemain terbaik kejohanan Piala Suzuki AFF dirangkul kapten Indonesia, Firman Utina. – Utusan

Thursday, December 16, 2010

PRA ACARA LE TOUR DE LANGKAWI 2011-BUTTERWORTH PUN ADA



ATURCARA “YELLOW RIDE LTDL 2011
7.00 pagi : Pendaftaran untuk kayuhan
8.00 pagi : Aktiviti Senamrobik
8.30 pagi : Pelepasan kayuhan berbasikal beramai-ramai sejauh 10km bersama VIP
10.00 pagi : Pertandingan BMX JAM (hanya diadakan di Melaka,Sitiawan, Nilai, & Butterworth sahaja) & LTdL JAM 2011
11.00 t/hari : Cabutan bertuah
1.30 petang : Penyampaian Hadiah BMX JAM & LTdL JAM 2011
2.00 petang : Majlis tamat

SYARAT PENYERTAAN
• Terbuka kepada semua.
• Yuran penyertaan dikenakan adalah RM 20 seorang. Setiap penyertaan akan mendapat sehelai t-shirt “Yellow Ride”.
• Pembayaran yuran mestilah dilakukan melalui akaun Hong Leong Bank :
Nama pemegang akaun : Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
No. Akaun : 02600027034
• Resit pembayaran yuran penyertaan juga mestilah dilampirkan semasa penyerahan borang penyertaan / semasa mengambil t-shirt di JBSN yang telah didaftar sebagai bukti pembayaran.
• Pembayaran juga boleh dibuat melalui wang pos / cek atau deposit tunai.
• Bayaran tunai hanya boleh dibuat semasa sesi pendaftaran pada hari acara sebelum 7.30 pagi.
• Membawa basikal sendiri dan dinasihatkan menggunakan helmet basikal dan kelengkapan keselamatan yang lain.
• Borang penyertaan boleh diperoleh melalui website Le Tour de Langkawi www.ltdl.com.my / Seketeriat Le Tour de Langkawi / Jabatan Belia & Sukan Negeri (JBSN).
• Borang penyertaan perlu diserahkan beserta resit Hong Leong Bank, 7 hari sebelum tarikh acara mengikut lokasi kepada JBSN yang telah didaftarkan atau pada hari acara sebelum jam 7.30 pagi. Sila rujuk kepada jadual yang disediakan.

Alamat Seketeriat Le Tour de Langkawi :-
IBU PEJABAT LE TOUR DE LANGKAWI 2011
Aras 4, Pusat Akuatik Nasional,
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil,
57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603 8996 4598 Fax: +603 8996 4597
http://www.ltdl.com.my/2011/yellowride.asp