Wednesday, March 7, 2012

NRG-SHE = KURSUS PENGENDALI​AN SELAMAT BERMOTOSIK​AL 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...(Ahli-Ahli : NRG-SHE)



NRG-SHE dengan kerjasama PERKESO akan menganjurkan "Kursus Pengendalian
Selamat Bermotosikal" (Program 1 hari : Teori + Praktikal) kepada pekerja-pekerja di tempat kerja yang terpilih (Kedah & Pulau Pinang sahaja)

Lain-lain Negeri ; Insyaallah akan diusahakan pada Tahun Hadapan. Kos Tenaga
Pengajar & Material bagi Program tersebut akan ditanggung oleh NRG-SHE.
Syarikat yang terpilih atau berminat hanya perlu menyediakan perkara-perkara
berikut sahaja :



a) Menyediakan 30 Peserta bagi setiap Kursus (Keutamaan kepada peserta yang
berulang alik menggunakan Motosikal)



b) Menyediakan 1 Banner untuk Kursus terbabit. (Template : NRG-SHE akan
sediakan)



c) Menyediakan Makananan & Minuman kepada Peserta / Jurulatih / Tetamu
Jemputan.



d) Membayar kepada NRG-SHE sebanyak RM500.00 sebagai Kos Pengurusan & Kos
Komitmen



e) Menyediakan Kawasan Lapangan untuk Sessi Praktikal.



f) Motosikal untuk Praktikal adalah disediakan oleh Peserta @ Syarikat itu
sendiri.



g) Cenderahati kepada Perasmi @ Pegawai PERKESO



Ahli-Ahli yang berminat untuk menjalankan Kursus ini di premis masing-masing
dipelawa untuk menempah slot yang ada. Sekiranya ramai yang berminat; satu
sessi cabutan akan dilaksanakan.



Bilangan Slot adalah terhad. Tempahan atau Pertanyaan; Sila Hubungi :



Anuar Bin Saidin : 019-443 8339 @ Aladdin (019-417 9673)

2 nyaris maut kren terlanggar kabel elektrik

07/03/2012 12:55pm


ALOR SETAR - Dua lelaki nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik apabila kren yang dikendalikan salah seorang daripada mereka terlanggar kabel elektrik bervoltan tinggi di Jalan Lencong Barat, Tandop dekat sini 6.30 petang semalam.

Kren berada di kawasan tapak pembinaan di bawah kabel bervoltan tinggi itu digunakan bagi kerja memunggah batu yang terlanggar kabel berkenaan sehingga terputus menyebabkan berlaku letupan yang kuat.

Saksi kejadian, Chen Soon Lak, 32, berkata ketika itu beliau berada di sebuah kedai berhampiran terdengar bunyi letupan sangat kuat dan terus bekejar bersama beberapa rakan ke lokasi kejadian.

Mereka mendapati dua lelaki, seorang terbaring di atas tanah berhampiran pagar dan seorang lagi dipercayai pengendali kren pengsan di dalam alat jentera itu.

"Kami takut mendekati kedua-duanya kerana bimbang terkena renjatan elektrik dan meminta pertolongan orang ramai menghubungi pasukan penyelamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Soon Lak berkata, pemandu kren itu tersedar 15 minit kemudian dan merendahkan galang krennya yang tersangkut sebelum orang ramai memberikan bantuan terhadapnya.

Mangsa dikenali sebagai Thi Kim Teng, 50an, ditemui masih berkeadaan bingung manakala rakannya yang tidak dikenali dilihat menggigil akibat terkena renjatan elektrik. -- BERNAMA

Dipetik dari KOSMO