Friday, February 29, 2008

Sudut Penglipurlara

TRAGEDI DI SUATU HARI

"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit," Kata Liza Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin. Usin Tersenyum Memandang Isterinya. "Cantik Isteri Abang Hari Ni," Usin Mencubit Pipi Liza Lembut.

"Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-Sabar Nak Bertolak Pulang Ke Kampung. "Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni."

Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel Dan Manja.

"Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?" "Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada Peluang Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata Kepada Isterinya Tercinta.

Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi Dah Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan Isterinya, Liza. "Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung," Usin Berkata Dalam Hati.

Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin Laju Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya. Pedal Minyak Ditekannya Lagi Dan Honda Civicnya Mula Memecut.

Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya Yang Sedang Tidur.

"Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya.

"Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks... Cepat Sikit Kita Sampai! Kampung Nanti"

"Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa... Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut." Liza Cuba Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya.

"Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus Memotong Bas Ekspres Di Depannya Tanpa Was-Was. "Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?" Kata Usin Setelah Berjaya
Memotong Bas Ekspres Tadi. "Sudah La Tu Bang." "Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia Aaa...". Usin Terus Masuk Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke Lantai. Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk Memotong Dan.... Di Depannya
Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah Dan..... BANG!!

"Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin Membuka
Matanya. Dia Terlihat Emaknya Di Situ. "Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi.... Mana Anak-Anak Saya Mak ?" Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis Semahu-Mahunya Di Depan
Emaknya.

Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat. "Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin Masih Terus Menangis. PAANNNGGG!! Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam. Kenapa Emaknya Buat Dia Macam Tu?

"Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang!" Emaknya Terus Merungut Sambil Berlalu Keluar....

..Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin Biskut !
Malu Beb!!

Moral : Pandulah Dengan Berhati-Hati Walaupun Di Dalam Mimpi"

Wednesday, February 27, 2008

Balik Kampung @ Pulau Redang(bhg 2)

Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti saya sekeluarga sepanjang berada di Pulau Redang...


Snorkeling di Taman Laut Pulau Redang



Alif bersama dengan paklang..


Kat Berjaya Resort (layan macam pelancong)


Main Ombak.............

Monday, February 25, 2008

10 Top Causes of Prostate Cancer


10 Top Causes of Prostate Cancer and How to Avoid Themby
www.SixWise.com

Prostate cancer is the second most common cancer among men (skin cancer is the first), according to the American Cancer Society (ACS). In 2007 alone, nearly 219,000 new cases of prostate cancer are expected in the United States, and over 27,000 men will die from the disease.
Vigorous exercise can help to prevent prostate cancer, particularly in men over the age of 65.
However, although one in six men will get prostate cancer during his lifetime, only one in 34 die from the disease. This is because prostate cancer is often slow growing (though it can at times grow quickly), and men may have the disease and not even know it.
Though it's not known exactly what causes this disease, there are several known risk factors, some of which you can easily control to reduce your risk of prostate cancer.

The Top Causes of Prostate Cancer
1. Age: Your risk of prostate cancer increases with age, particularly among men over 65 years old.

2. Family history: If a close relative (father, brother) had prostate cancer, it will increase your risk.

3. Diet: Men who eat a lot of processed meat, bad fats and refined grains have an increased risk of prostate cancer, particularly if they don't eat a lot of fruits and vegetables.

4. Exercise: Exercise is generally known to reduce the risk of all types of cancer, however men over 65 who exercise vigorously have been found to have a lower risk of prostate cancer, specifically.

5. Ethnicity: African-American men have the highest rates of prostate cancer in the world, according to the Harvard Center for Cancer Prevention.

6. Environmental chemicals: Researchers are focusing increasingly on the potential chemical causes of prostate cancer. Exposure to pesticides has been linked with an increased risk, as has in-utero exposure to the plastics chemical bisphenol A (BPA) and other hormone-mimicking environmental contaminants.

7. Cadmium: Exposure to excess levels of cadmium is also known to increase prostate cancer risk. Cadmium is found in foods (shellfish, liver and kidney meats have the highest levels), cigarette smoke, and contaminated air and water (particularly if you live near, or work in, a facility that manufactures batteries, pigments, metal coatings or plastics).
Men can reduce their risk of prostate cancer by eating a lot of cooked tomato-based foods, like pizza sauce. Why? They're rich in the antioxidant lycopene.

8. Too many vitamins: Men who take excessive levels of vitamin

s -- more than seven multivitamins a week -- may be increasing their risk of prostate cancer by 30 percent, according to researchers at the National Cancer Institute.

9. Too much, or too little, vitamin D. Men who had vitamin D deficiency, or excess vitamin D, both had an increased risk of prostate cancer, according to a study in the International Journal of Cancer.

10. Vasectomy: Several studies have suggested that men who have had a vasectomy have a slightly higher risk of prostate cancer.

How to Lower Your Risk of Prostate Cancer
Although some risk factors of prostate cancer, like age, ethnicity and family history, are obviously beyond your control, there are plenty of factors that you DO have control over. Making the following changes may help to reduce your risk of this widespread cancer:
Eat more tomato-based foods. Tomatoes (particularly cooked varieties such as tomato sauces, paste and ketchup) are rich in the antioxidant lycopene, which is known to prevent damage to DNA and fight prostate cancer. Pink grapefruit and watermelon are also good sources of lycopene

Eat less processed meat and bad fats. Limiting your intake of processed meats like bacon, sausage and luncheon meats, along with your intake of bad fats, like trans fats, may also help reduce your risk.
Watch your calcium intake. Getting too much calcium (beyond the recommended 1200 milligrams per day) could actually increase your risk of prostate cancer, according to the Harvard Center for Cancer Prevention.
Consume more selenium. Selenium is thought to protect against cancer through its antioxidant content. It also may slow or prevent tumor growth by enhancing the immune system and suppressing blood vessels to the tumor. Foods rich in selenium include Brazil nuts, tuna, chicken, turkey, beef, brown rice, eggs and sunflower seeds.
Exercise regularly. Exercise will not only reduce your risk of prostate cancer, but just about every other type of cancer as well.
Don't smoke.
This will increase your levels of cadmium.
·
Avoid exposure to environmental chemicals. As much as possible, try to limit your exposure to pesticides and BPA (found in tooth sealants, plastic containers and bottles, microwave ovenware and more).
Get the proper amount of vitamin D. Vitamin D inhibits the development and growth of prostate cancer cells. Experts say 15-20 minutes of sunlight a day is an ideal amount for a light-skinned person to produce the right amount of vitamin D.

Friday, February 15, 2008

Ingatan Kepada Petugas PRU 12- Aspek OSH Jangan Diabai..

Siratan kali ini memetik nukilan seorang sahabat melalui group maillist yang saya terima:

Amaran OSH kepada semua parti politik


(Siratan ini tidak menjurus khusus ke mana-mana parti politik masa kini - penyirat blog)

Malam semalam dalam perjalanan dari dalam kampus saya terserempak dengan beberapa "kumpulan" yang sedang bergelut memasang bendera-bendera parti yang mengupah mereka. Ada dari parti pemerintah (sebelum hari semalam kini sudah dibubar!) dan ada juga dari parti pembangkang. Suasana malam yang kelam, pakaian mereka yang seorang pun tiada bercahaya (baju pantul cahaya) dan hanya
menggunakan lampu suloh yang lebih terang kalau menggunakan api pelita.

Itulah hakikatnya "pekerja-pekerja" upahan musim pilihanraya ini. Dari semuda usia remaja atau pelajar belasan tahun hinggalah mereka yang bercicit piut. Ada yang semata-mata menaguk air yang keruh cuba menambah wang sesen dua dan ada yang semata-mata kerana fanatik dengan parti yang disokong. Ada juga yang "melabur" tenaga empat kerat dengan harapan jasa budi akan dikenang kemudian hari.

Walau apapun yang dikejar atau diihajati, mereka ini adalah "pekerja" walaupun sekadar "janji-terima" sebagai seorang pekerja sesebuah parti hanya sebutan manis di mulut tanpa sebarang kata bertulis. Apa yang pasti "majikan" mereka tidak kiralah dari mana parti politikpun mesti bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja ini.


Dalam keghairahan memasang poster, yang biasanya dilakukan di waktu malam, tiada yang ambil peduli tentang keselamatan diri. Tidak kira tiang lampu atau batang pokok, semuanya boleh dipanjat. Tidak kira bumbung bangunan atau benteng tinggi, semuanya boleh dipanjat. Tiada "harness", tiada lampu suloh, tiada peralatan seperti tangga atau sebagainya. Semuanya ada duit boleh jadi. Ada yang berkaki ayam, ada yang tangan kosong.

Semuanya kerana duit ataupun kerana kefanatikan parti yang disokong.

Kepada "majikan-majikan" mereka yang akan menang atau akan kalah dalam pilihanraya ini, jagalah keselamatan dan kebajikan "pekerja-pekerja" anda ini.

Kepada "pekerja-pekerja" ini, harga nyawa dan keselamatan anda.

lukmanw@uum.edu.my

Thursday, February 14, 2008

Panduan memandu ketika kecemasan (Nak balik kg mengundi)

http://www.jpj.gov.my/malay/


JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

PANDUAN / TIP KESELAMATAN

PANDUAN MEMANDU KETIKA KECEMASAN

1

2

3

BREK GAGAL BERFUNGSI


  • Seseorang pemandu menekan injap brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
  • Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
  • Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan
  • Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
  • Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.

KENDERAAN TERBABAS


  • Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera dan tekan brek.
  • Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.


  • Jangan gunakan brek dalam keadaan ini


PEMECUT TERLEKAT


  • Jika Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
  • Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
  • Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan. Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak kalau gagal hubungi ?mekanik?.


BONET TERBUKA


Brek beransur-ansur

Naik ke atas bahu Jalan.

Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.

Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.

TAYAR PECAH

  • Pegang stereng dengan erat.
  • Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  • Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  • Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
  • Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  • Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.


LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM

  • Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.
  • Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.


  • Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.

  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Nyalakan lampu kecemasan. Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna Jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.



TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA

  • Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
  • Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.
  • Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
  • Jika kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas.
  • Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dlam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
  • Angkat bonet dan dapatkan bantuan.



CERMIN HADAPAN PECAH

  • Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat.
  • Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
  • Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
  • Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.





MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN

  • Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu Jalan disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya. Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.
  • Jangan cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.


?Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan kemalangan?









Wednesday, February 13, 2008

Salam Perpisahan..Mejar (B) Ramli & Cik Azhirah



Unit OSHE pada bulan Feb telah kehilangan 2 warga kerja yang selama ini banyak menyumbang kearah peningkatan OSH-MS di PPSB.Mejar (B) Ramli merupakan antara tonggak yang memulakan unit OSHE di PPSB bersara wajib manakala Cik Azhirah pula bertukar angin ke syarikat yang baru (apa maksud tagline "Yess, I'got better job now").

Selamat bersara Mejar(B) Ramli Othman dan selamat maju jaya Cik Azhirah Md Shahid. Semoga suksess sentiasa.......................................

Tuesday, February 12, 2008

Balik Kampung @Pulau Redang

Siratan kali ini akan memetik catatan sepanjang pengalaman pulang ke kampung isteri di Pulau Redang, Terengganu. Mungkin agak lain dari kebiasaannya, namun hajat ingin berkongsi pengalaman memungkinkan ia terjadi.

4 Feb 2008- Isnin
Bertolak dari Sg Dua Jam 9.00 pagi. Sempat lagi bersarapan di Subaidah Kompleks Sempilai.Untung pulang ke Terengganu kata isteriku, tol sikit saja...tapi terpaksa menempuh jalan berbukit-bukit(banjaran titiwangsa melalui Jalan Raya Timur Barat. Sepanjang perjalanan di Jalan Raya Timur Barat kelihatan beberapa menara pemancar isyarat telekomunikasi sedang dibina disepanjang jalan tersebut.Mungkin ada arahan supaya kawasan tersebut sentiasa mendapat liputan isyarat telefon bimbit lantaran satu kes kemalangan yang berlaku sekitar bulan Disember yang mengorbankan lima sekeluarga (harap faktanya betul. Laporan kemalangan ini tidak dapat disampaikan dengan serta merta akibat tiada isyarat telefon dan menyebabkan kes kemalangan tersebut lewat ditangani. Selepas beberapa hari, keluar arahan dari MB Perak agar liputan kawasan tersebut diadakan. Nampaknya arahan ini berkesan namun sesudah 5 nyawa yang mungkin dapat diselamatkan terkorban.

Tiba di Kuala Terengganu jam 4.00 ptg. Menghabiskan masa 1 jam mencari hotel untuk merehatkan kelelahan badan.Malan tersebut kami mula menerokai bandar Kuala Terengganu yang baru dinaikkan taraf menjadi Bandaraya (layak..ke)



5 Feb 2008-

Musim tengkujuh masih melanda Pantai Timur. Laut masih lagi bergelora. Perkhidmatan feri ke Pulau Redang hanya sekali sahaja sehari (pukul 3 ptg) memandangkan tiada hotel yang dibuka sepanjang musim tengkujuh. Lihatlah keletah anakku yang tidak sabar menaiki feri di Jeti Syahbandar KT.


Tiket untuk perjalanan sehala RM 20 untuk penduduk Pulau Redang (kena tunjukkan kad pengenalan). Untuk kanak sekolah harganya ialah RM 15. Bersama-sama kami ialah kanak-kanak sekolah yang pulang dari asrama (Cuti Tahun Baru Cina). Mereka terpaksa belajar di Kuala Terengganu memandangkan Pulau Redang hanya mempunyai sekolah rendah sahaja.


Selepas insiden feri terbakar di perairan Pulau Tioman tahun lalu, nampaknya sudah wujud kesedaran tentang peri penting aspek keselamatan oleh para pengusaha pengangkutan air ini.Selepas proses memunggah bagasi dan kemasukan penumpang ke dalam feri selesai, para penumpang dipertontonkan dengan tayangan video selama 5 minit mengenai aspek-aspek keselamatan didalam pelayaran dan cara-cara penggunaan 'life jacket'. Sekiranya di dalam kapal terbang kita akan dipertontonkan dengan lakonan daripada para pramugari yang comel dan menawan, sekurang-kurangnya syarikat tersebut telah mengadakan inisiatif mereka sendiri atau mungkin ia arahan daripada pihak yang berwajib, namun ia adalah usaha terpuji.

Anuar Manan @ LTDL 2008



LTDL 2008 menjengah kembali. Setelah 13 tahun kita menganjurkannya, baru semalam anak muda Malaysia kelahiran Terengganu ini berjaya menaiki podium sekaligus menyarung jersi raja pecut.Jika selama ini kita hanya menjadi pemerhati sahaja tetapi kini kita berjaya membuktikan kita juga mampu berjaya sekiranya berusaha.

Semasa bertemu dengan anuar sewaktu peringkat kedua (Butterworth - Sitiawan)saya sempat berjumpa dan bertanyakan khabar serta impian beliau di LTDL kali ini. Ternyata anak muda ini mempunyai semangat dan azam yang tinggi. Beliau juga sempat menunjukkan kulit lengannya yang mempunyai dua tona warna kesan latihan dan juga bahang terik matahari yang membakar sepanjang LTDL 08 kali ini.

Ternyata kesabaran dan penat lelah yang telah dilaluinya membuatkannya ia menjadi semakin berani memasang azam dan impian yang menggunung. Semoga anuar akan terus berkayuh dan mengibarkan bendera Malaysia disaentero dunia.

Monday, February 11, 2008

SHO realiti & fantasi

Siratan kali ini memetik pandangan dan nukilan sahabat-sahabat seperjuangan di dalam bidang OSH mengenai realiti dan fantasi. Adakah mereka ini waris terpilih atau insan yang sanggup bekorban demi memastikan orang lain berada dalam keadaan selamat:

Salam Buat Semua….

Just to highlighted tentang isu gaji as SHO….. ada beberapa persoalan yang diutarakan kepada saya melalui email mengenai minat untuk menjadi SHO…….Cuma ada few emails yang berminat apabila mendengar khabar bahawa SHO menerima gaji & insentif yang cukup menarik…..

Sahabat & Rakan semua (Especially new comers)
Saya seringkali menasihati bahawa to become good & reliable SHO, please never ever think about gaji lumayan dulu……memang takkan dapat punya kalau mind dah set nak dapatkan gaji tinggi …. SHO adalah suatu kerja yang ikhlas & noble serta satu kerja yang MEMASTIKAN orang lain & diri u selamat! Kena Faham konsep kerja tu BETUL-BETUL! Its not a 8.00am to 5.00pm job, nor Monday to Friday…it’s a commitment of 24 hours x 7 days x 365days/year. Kegagalan berbuat atau ada mindset sedemekian, result dia senang ajer…… tengok rekod LTI/LTA di papan kenyataan atau rujuk Borang JKKP 6 atau worst still FATAL CASE…..

Selama ni orang asik berceriter mengenai syoknya jadi SHO…..but I think let me share with you the ‘keperitan’ serta ‘kesedihan’ SHO dalam menjalankan kerja (Antaranya…selective)

1) Kes kemalangan – Putus anggota: As SHO u can’t expect First Aides untuk merawat atau mengambil bahagian anggota badan yang putus sebelum menghantar ke hospital atau klinik (Tak ceriter lagi kalau First Aiders sendiri takut darah atau tiada)……u kena ambil inisitif bagaimana nak merawat dengan betul dan memastikan anggota badan yang putus tu dapat disambungkan semula…..(Kalau salah cara rawatan, ramai mata memandang…) So, kalau SHO mabuk darah….then my advise is…..carikla kerja lain

2) Melakukan siasatan pada masa kejadian – Tak semua accident berlaku siang! Malahan banyak kes teruk (Bergantung kepada industri) berlaku waktu malam ….. so, under investigation techniques, u must quarantine the area dan melakukan siasatan on spot sebelum area tersebut di “contaminated”. So…kalau pukul 2.00am staff u call…nak datang ker?

3) Sebagai PR dengan Jabatan Kerajaan atau Enforcement Officer…..kalau Abang Rela, Imegresen datang ….depa akan mai waktu malam….. so, takkan nak suruh PM datang handle kan ? Sape kena mai? Tu tak kira lagi kena sindir dengan Pegawai Penguatkuasa…..pedihhhhh telinga…. Apatah lagi di panggil ke Pejabat JKKP apabila ‘site kerja’ ada masaalah….

4) Last but not least…FATAL…..kena bersedia……selain dari kena ‘bekerjasama’ dengan Polis & Bomba untuk pungut cebisan / remains, u juga kena BERSEDIA memaklumkan kepada keluarga mangsa bahawa mangsa akan pulang in body bags! Sanggup ker? Camne u nak terangkan pada family, isteri atau anak mangsa yang bapanya die in action?

So…saya rasa cukupla ‘ceramah’ saya pada kali ini…..bukan hendak menakutkan kepada new comers, but the morale of the story is, to be a SHO is not easy if you really understand the holistic meaning of SHO itself…..its not a kind of job that u can switch at any time…it’s a total commitment bukan sahaja menjaga pekerja, malahan your boss sebagai penasihat Keselamatan & Kesihatan pekerjaan. Sanggup ker lihat your boss di kandang tertuduh apabila ada kes kemalangan berlaku….fikirkanla, renungkanla dan last sekali, decide berapa gaji yang sesuai?

Mohammad Zailan Haji Siwan (Irzai)Saya terpanggil utk memberikan sedikit advise.....



Apa yang dikatan oleh Irzai adalah betul.

Tetapi becomes a SHO mesti siapkan diri sedikit demi sedikit. Lepas dapat green book as a SHO, cuba pula ambil first aider course and then fire fighting. So far memang SHO tak boleh act as a first aider atau fire squad di tempat kerja. Tetapi bila you all dah ada cert. di dalam bidang tersebut, you dah tahu handle all the case happen.

Berikan proposal pada pihak majikan utk go further course related to SHO jobs (contohnya : Accident investigation, chemical accident, procedure to handle the fatality/major acident cases and some of related course that SHO need to know.....police report procedure, fire report.....dan macam-macam lagi. Memang tak ada di dalam SHO regulation yang memerlukan SHO berbuat demikian......tetapi it's good if all SHO have that knowledge and experience.....pastu baru ler boleh cerita bab gaji. So far bila you all have all of this.....gaji akan datang cari you.....you all tak payah susah-susah.


Tapi kalau that SHO ask for basic salary RM5-6K with the basic knowledge for SHO (just follow the SHO regulations). I think......it's will 'damage' the SHO market rate......pastu mesti ada employer yang hanya bayar RM2-3K. Bila dah tak ada pilihan (cause of leak of knowledge and experience).....terpaksa take the basic rate.

Sekarag pun masih ada SHO yang valid green book get the basic salary just arround RM2.5K hingga RM3K

Bersabar lah.

-grands-