Tuesday, February 12, 2008

Balik Kampung @Pulau Redang

Siratan kali ini akan memetik catatan sepanjang pengalaman pulang ke kampung isteri di Pulau Redang, Terengganu. Mungkin agak lain dari kebiasaannya, namun hajat ingin berkongsi pengalaman memungkinkan ia terjadi.

4 Feb 2008- Isnin
Bertolak dari Sg Dua Jam 9.00 pagi. Sempat lagi bersarapan di Subaidah Kompleks Sempilai.Untung pulang ke Terengganu kata isteriku, tol sikit saja...tapi terpaksa menempuh jalan berbukit-bukit(banjaran titiwangsa melalui Jalan Raya Timur Barat. Sepanjang perjalanan di Jalan Raya Timur Barat kelihatan beberapa menara pemancar isyarat telekomunikasi sedang dibina disepanjang jalan tersebut.Mungkin ada arahan supaya kawasan tersebut sentiasa mendapat liputan isyarat telefon bimbit lantaran satu kes kemalangan yang berlaku sekitar bulan Disember yang mengorbankan lima sekeluarga (harap faktanya betul. Laporan kemalangan ini tidak dapat disampaikan dengan serta merta akibat tiada isyarat telefon dan menyebabkan kes kemalangan tersebut lewat ditangani. Selepas beberapa hari, keluar arahan dari MB Perak agar liputan kawasan tersebut diadakan. Nampaknya arahan ini berkesan namun sesudah 5 nyawa yang mungkin dapat diselamatkan terkorban.

Tiba di Kuala Terengganu jam 4.00 ptg. Menghabiskan masa 1 jam mencari hotel untuk merehatkan kelelahan badan.Malan tersebut kami mula menerokai bandar Kuala Terengganu yang baru dinaikkan taraf menjadi Bandaraya (layak..ke)



5 Feb 2008-

Musim tengkujuh masih melanda Pantai Timur. Laut masih lagi bergelora. Perkhidmatan feri ke Pulau Redang hanya sekali sahaja sehari (pukul 3 ptg) memandangkan tiada hotel yang dibuka sepanjang musim tengkujuh. Lihatlah keletah anakku yang tidak sabar menaiki feri di Jeti Syahbandar KT.


Tiket untuk perjalanan sehala RM 20 untuk penduduk Pulau Redang (kena tunjukkan kad pengenalan). Untuk kanak sekolah harganya ialah RM 15. Bersama-sama kami ialah kanak-kanak sekolah yang pulang dari asrama (Cuti Tahun Baru Cina). Mereka terpaksa belajar di Kuala Terengganu memandangkan Pulau Redang hanya mempunyai sekolah rendah sahaja.


Selepas insiden feri terbakar di perairan Pulau Tioman tahun lalu, nampaknya sudah wujud kesedaran tentang peri penting aspek keselamatan oleh para pengusaha pengangkutan air ini.Selepas proses memunggah bagasi dan kemasukan penumpang ke dalam feri selesai, para penumpang dipertontonkan dengan tayangan video selama 5 minit mengenai aspek-aspek keselamatan didalam pelayaran dan cara-cara penggunaan 'life jacket'. Sekiranya di dalam kapal terbang kita akan dipertontonkan dengan lakonan daripada para pramugari yang comel dan menawan, sekurang-kurangnya syarikat tersebut telah mengadakan inisiatif mereka sendiri atau mungkin ia arahan daripada pihak yang berwajib, namun ia adalah usaha terpuji.

No comments: