Tuesday, February 12, 2008

Anuar Manan @ LTDL 2008



LTDL 2008 menjengah kembali. Setelah 13 tahun kita menganjurkannya, baru semalam anak muda Malaysia kelahiran Terengganu ini berjaya menaiki podium sekaligus menyarung jersi raja pecut.Jika selama ini kita hanya menjadi pemerhati sahaja tetapi kini kita berjaya membuktikan kita juga mampu berjaya sekiranya berusaha.

Semasa bertemu dengan anuar sewaktu peringkat kedua (Butterworth - Sitiawan)saya sempat berjumpa dan bertanyakan khabar serta impian beliau di LTDL kali ini. Ternyata anak muda ini mempunyai semangat dan azam yang tinggi. Beliau juga sempat menunjukkan kulit lengannya yang mempunyai dua tona warna kesan latihan dan juga bahang terik matahari yang membakar sepanjang LTDL 08 kali ini.

Ternyata kesabaran dan penat lelah yang telah dilaluinya membuatkannya ia menjadi semakin berani memasang azam dan impian yang menggunung. Semoga anuar akan terus berkayuh dan mengibarkan bendera Malaysia disaentero dunia.

No comments: