Monday, April 18, 2011

Dua pekerja kontrak ditemui lemas

GEORGE TOWN - Dua pekerja kontrak ditemui lemas ketika melakukan kerja-kerja pembersihan saluran kumbahan dalam kejadian di depan pintu masuk kediaman mewah, Marina Bay, Bagan Jermal di sini semalam.

Kejadian pukul 11 pagi itu mengakibatkan Rashidi Rusli, 26 dan Zakaria Ahmad, 32, meninggal dunia.

Difahamkan, mereka bersama beberapa pekerja kontrak lain sedang membersihkan saluran kumbahan tersebut yang terletak di dalam longkang yang mempunyai kedalaman 9.1 meter.

Kedua-dua mangsa didakwa baru diambil bekerja oleh sebuah syarikat kontraktor yang dilantik Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

Lebih malang, mereka sepatutnya beristirehat ketika kejadian tetapi telah dipanggil bekerja lebih masa.

Seorang rakan mangsa, Mohd. Sufian Mohd. Yusuf, 19, berkata, dia hairan apabila mendapati kedua-dua rakannya itu tidak menyahut ketika dipanggil sebaik mendapati air mula naik di dalam longkang tersebut.

"Saya mula cemas dan terus memberitahu rakan-rakan lain sebelum menghubungi pihak berkuasa," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba negeri, Mohd. Razam Taja Rahim memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 12.47 tengah hari.


Nota kaki: Perbincangan isu ini akan dipostingkan pada posting yang akan datang

No comments: