Monday, April 14, 2008

Sambutan Hari OSH 2008


Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2008 (World Day for Safety and Health at Work) pada 28 April ini, pelbagai aktiviti telah dirancang di peringkat Kementerian Sumber Manusia dan juga di NIOSH.

Bersama disenaraikan aktiviti yang dimaksudkan dan lampiran brosur -

Ahad, 13 April 2008, 7.30pm
Rancangan 'Hak Anda' di NTV7
Membincangkan tentang topik OSH bersama KP JKKP, Y.Bhg. Dato' Ir. Dr. Johari Basri.

Jumaat, 25 April 2008, 11.15am
Temuramah di TRAXXfm (frekuensi 90.3)
Bersama Pengerusi NIOSH Malaysia, Y.Bhg.Tan Sri Dato' Lee Lam Thye mengenai World OSH Day 2008

Ahad, 27 April 2008, 7.00am - 1.00pm
OSH Walkathon di NIOSH Bandar Baru Bangi
Anjuran bersama oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, DOSH, PERKESO dan NIOSH (lihat lampiran brosur dan aturcara terkini). Pegawai NIOSH untuk dihubungi - Pn. Shamsinar Deraman (03-8769 2116).

Isnin, 28 April 2008
1. 8.00am – 1.00pm
Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2008 di PICC Putrajaya. Anjuran Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (tempat adalah terhad, sila isi borang penyertaan dalam brosur seperti terlampir).

2. 1.00pm – 5.30pm
World Day for Safety and Health at Work 2008 – Awareness Raising Activity at NIOSH Bandar Baru Bangi. Admission is free. However seats are limited. Reply slip is in brochure as attached. PIC: En. Shahir / Pn. Siti Khadijah (03-8769 2200 / 2203)

Untuk lampiran dan brosur, sila layari:
http://www.niosh.com.my/seminar/world-osh-day.htm

Tema Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2008 yang telah dipilih oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (International Labour Organization) ialah:
" My Life.., My Work.., My Safe Work - Managing Risk in the Work Environment ". Untuk maklumat lanjut, sila layari:

http://www.ilo.org/public/english/protection/safework/worldday/products/index.htm

Sekian, harap maklum…AO

No comments: