Friday, April 25, 2008

Hazard di Sekeliling Kita

Berikut adalah beberapa siri rentetan kejadian yang berlaku didalam negara dan membuktikan hazard sentiasa ada disekeliling kita. Cuba fikirkan:





VANDALISME: Seorang kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menunjukkan skru menara yang dibuka pihak tidak bertanggungjawab yang disyaki mencuri sebanyak 20 batang besi menara.





MELINTAS LONGKANG BESAR CARI NAHAS: PERBUATAN kanak-kanak bermain di kawasan longkang konkrit di tepi Sungai Kuantan, berhampiran Sekolah Kebangsaan Cenderawasih, Kuantan, boleh mengundang bahaya. Sehubungan itu, ibu bapa, guru dan pihak berkaitan perlu memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada bahaya yang boleh mengancam nyawa mereka. Pihak berkuasa tempatan juga boleh menyediakan titi untuk memudahkan pelajar sekolah dan penduduk kampung melintas.



9 KENDERAAN TERPEROSOK DALAM TANAH JERLUS: SEBUAH van yang diletakkan di bahu jalan di tepi Sungai Muar di pekan Panchor, terperosok dalam tanah jerlus ketika kejadian tanah runtuh petang semalam. Sembilan kenderaan milik peniaga pasar malam yang diletakkan di tepi Sungai Muar mengalami nasib sama dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.




BAHAYA: Penghuni rumah di Taman Bukit Kajang bimbang keselamatan terancam ekoran kejadian tanah runtuh.




KERETA Suzuki Swift remuk selepas dihempap batu besar lima tan dalam kejadian tanah runtuh di tempat letak kenderaan Kondominium Bukit Antarabangsa, Ampang, semalam. Struktur tanah yang menyokong batu itu dikatakan terjejas kerana hujan lebat sejak beberapa hari lalu, menyebabkannya runtuh, sekali gus mengakibatkan batu terbabit bergolek dan menimpa kereta berkenaan. Tiga kereta lain turut rosak terkena tanah yang runtuh serta serpihan batu itu. Pemilik kereta berkenaan, yang hanya ingin dikenali sebagai Yeoh, berkata pergerakan tanah di kawasan itu perlu dipantau bagi mengelakkan kejadian sama berulang.



KERJA MENYELAMAT: Anggota Bomba dan Penyelamat Muar berusaha mengeluarkan paip konkrit daripada kaki Hapipah. Kaki kanan seorang budak perempuan ini tersepit selepas tergelincir ketika memijak serpihan paip konkrit kerana mahu melihat lima anak kucing daripada bahagian atas sangkar di rumah datuknya.

Adakah ini turut dikategorikan sebagai hazard jugak??





No comments: