Monday, April 14, 2008

Tahniah.....Juara Liga Super Milik Kedah


Kosmo 14 April 2008

KEDAH melakar sejarah tersendiri apabila ditabalkan selaku juara Liga Super dua musim berturut-turut. Lebih manis, Kedah mengesahkan kejuaraan kali kedua di hadapan penyokong sendiri selepas menewaskan Terengganu 2-1 malam kelmarin.
Sekalipun mempunyai baki tiga perlawanan, perbezaan 11 mata dengan pencabar terdekat, Negeri Sembilan Naza dan Selangor sudah cukup membolehkan skuad Kenari ditabalkan selaku juara.

Menurut pengurus Kedah, Datuk Othman Aziz, kejayaan pasukannya mengekalkan gelaran tersebut ialah hasil daripada dedikasi cemerlang pemain serta jurulatih.
"Hasil usaha merekalah, peminat bola sepak Kedah dapat sekali lagi merasai gelaran tersebut.



"Yang lebih membanggakan, kejayaan ini juga telah membuktikan kebolehan jurulatih tempatan, Mohd. Azraai Khor Abdullah dalam melakukan strategi taktikal yang dapat menggugat pencabar yang dikendalikan oleh jurulatih import," kata Othman ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments: