Keratan berita ini diterima melalui rakan mailist:
JABATAN Audit Negara mencadangkan supaya tindakan mahkamah dikenakan terhadap pengeluar buangan terjadual yang gagal menjelaskan tunggakan kompaun sehingga tahun lalu sebanyak RM431,300.
Laporan Ketua Audit Negara 2007 berpendapat, tindakan tegas itu penting sebagai amaran kepada pengeluar lain yang tidak mematuhi peraturan. “Pemeriksaan mendapati, tindakan yang diambil hanyalah dengan memberi surat peringatan walaupun ada pengilang yang dikenakan lebih daripada satu kompaun,” kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Pengeluar buangan terjadual ialah kilang yang mengeluarkan buangan terjadual dalam proses pengilangan bahan siap seperti minyak pelincir terpakai dan minyakhidraulik terpakai. Statistik menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah tunggakan tertinggi dengan RM206,000, diikuti Negeri Sembilan (RM126,000), Johor (RM44,000), Sabah (RM39,000) dan Pulau Pinang sebanyak RM8,000.
Ambrin berkata, pemeriksaan Audit juga mendapati Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dan Pulau Pinang tidak menyelenggara Daftar Kompaun dengan kemas dan terdapat kompaun yang dikeluarkan tidak direkodkan dalam daftar berkenaan.
No comments:
Post a Comment