Berita ini saya terima dari rakan mailist:
Timbunan tanah liat runtuh ketika mangsa periksa kabel
ALOR STAR: Seorang pekerja kontrak cedera parah termasuk retak tulang belakang selepas ditimbus tanah liat ketika sedang membuat pemeriksaan kabel elektrik yang dipasangnya di tapak pembinaan sebuah sekolah di Padang Sera, Jitra, kelmarin. Ketika kejadian jam 5 petang itu, Abu Bakar Senawi, 31, bersama seorang rakannya baru saja selesai memasang kabel elektrik di kawasan berkenaan, manakala 28 pekerja lain termasuk beberapa warga asing sedang melakukan kerja di tapak pembinaan berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa terperangkap di dalam timbunan tanah liat sehingga paras dada selepas tanah berkenaan tiba-tiba runtuh. Abu Bakar berkata, beliau langsung tidak mendengar sebarang bunyi gegaran atau dentuman mencurigakan dan hanya tersedar sejurus mendapati tanah liat menimbusi hampir separuh badannya. "Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu, walaupun pada mulanya saya mengalami kesukaran bernafas selepas sejam berada di bawah timbunan tanah liat," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dekat sini, semalam.

Abu Bakar berkata, dia bernasib baik kerana memakai topi keselamatan ketika melakukan kerja pemasangan kabel elektrik, jika tidak pasti kecederaan yang dialaminya lebih serius. "Enam pekerja lain cuba menarik saya keluar daripada timbunan tanah itu tetapi gagal kerana saya tidak dapat bergerak menyebabkan mereka terpaksa menggali tanah menggunakan cangkul, manakala keadaan saya ketika itu lemah kerana sukar untuk bernafas." katanya. Abu Bakar yang baru setahun bertugas di syarikat kontraktor kecil itu berasal dari Kampung Rambai, Pendang, mempunyai isteri serta empat anak berusia 12 bulan hingga 13 tahun mendapatkan rawatan awal di Hospital Jitra sebelum dipindahkan ke HSB untuk rawatan susulan kerana tulang belakangnya retak. Bagaimanapun, keadaannya dilaporkan stabil walaupun kedua kakinya masih tidak dapat bergerak.
"Doktor memaklumkan hati saya sudah rosak 25 peratus dan ketika ini sedang menunggu keputusan perubatan sama ada ia perlu dibedah atau sebaliknya," katanya.
No comments:
Post a Comment