Monday, September 15, 2008

Kapal tangki meletup: seorang cedera, dua masih hilang

Sebelum majlis berbuka puasa NRG di Hotel UiTM, AO ada khabarkan kat aku tentang perkara ni. Harap-harap jangan la berlaku kat sebelah sini..terutama tempat aku mencari rezeki ni. Kalau jadi macam ni...SHO kata mamu mazlan..nak makan sup lidah pun tak dan.. (refer to menu hotel UiTM)...............

Kapal tangki meletup: seorang cedera, dua masih hilang

13/09/2008 / UTUSAN MALAYSIA

MIRI 13 Sept. - Seorang penyelenggara kapal cedera, manakala dua lagi rakannya dilaporkan hilang apabila sebuah kapal tangki, The Dark II berdaftar di luar negara yang sedang diselenggarakan meletup di dermaga minyak Sungai Miri dekat Jalan Krokop pagi ini.
Mangsa tercedera dalam kejadian pada pukul 8.25 pagi itu ialah Francis Jok, 22, manakala identiti dua mangsa yang hilang masih belum dikenal pasti. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaludin Ibrahim berkata, semasa kejadian kapal tangki minyak tersebut sedang dalam proses penyelenggaraan.
"Kapal yang meletup tersebut kosong dan sedang dalam proses penyelenggara.Namun, kita masih menyiasat punca ia meletup sama ada disebabkan kecuaian anak kapal ataupun sebaliknya,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini pagi ini.

No comments: