13 selamat terjatuh dari tingkat 12
Oleh turmadzi madun
turmadzi.madun@kosmo.com.my / 26.8.2008
AMPANG JAYA - Belum sampai ajal. Walaupun terjatuh dari tingkat 12 bersama tiang perancah yang runtuh tetapi 13 pekerja kontrak rakyat Bangladesh selamat.
Kejadian mencemaskan pukul 5.30 petang itu berlaku di sebuah kondominium dalam pembinaan di Jalan UK 1/3, Ukay Perdana 2 di sini semalam. Semasa itu semua pekerja tersebut berada di atas tiang perancah yang dipasang dan sedang melakukan kerja-kerja melepa simen di tingkat 12.
Daripada 13 yang terbabit hanya tiga daripada mereka cedera parah. Seorang pekerja yang menyaksikan kejadian tersebut, Ripon Miar (gambar), 28, berkata, ketika kejadian mereka baru sahaja menyambung tugas selepas berhenti rehat satu jam.
"Kejadian berlaku sangat pantas dan kami yang sedang leka bekerja dikejutkan dengan bunyi besi bertindih diselangi dengan jeritan rakan-rakan yang berada di atas perancah tersebut.
"Kami yang sedang memegang peralatan bertukang mencampakkan barang-barang tersebut dan berlari ke arah rakan-rakan yang menjerit meminta pertolongan," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu ketika ditemui di sini semalam.
Seorang penduduk tempatan yang bekerja sebagai kontraktor, Hafiz Masrum, 45, berkata, ketika kejadian dia sedang melakukan kerja-kerja penyambungan paip di bangunan sebelah.
"Sedang saya leka membuat penyambungan, tiba-tiba kedengaran bunyi besi jatuh yang amat kuat hinggakan kami yang berada di bangunan sebelah dapat mendengarnya dengan jelas.
Cuai punca perancah runtuh - Polis
kosmo / 27.08.2008
AMPANG JAYA - Tiada unsur sabotaj atau jenayah.
Itulah yang dapat disimpulkan polis bagi mengulas kejadian 12 pekerja kontrak rakyat Bangladesh yang terselamat selepas terjatuh dari tingkat 12 bersama tiang perancah yang runtuh di Jalan UK 1/3, Ukay Perdana 2 di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, siasatan lanjut pihaknya mendapati punca kejadian adalah disebabkan oleh tiang perancah yang dipasang pekerja itu tidak kemas lalu mengakibatkan kemalangan.
"Tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai cuai.
"Polis juga ingin mengesahkan iaitu hanya 12 pekerja sahaja yang terlibat dan bukan 13 seperti yang dimaklumkan semalam (kelmarin) selepas kita membuat semakan lanjut dengan hospital dan pemaju," katanya.
Semalam Kosmo! melaporkan dalam kejadian pukul 5.30 petang, kesemua 12 pekerja tersebut terjatuh ketika sedang melakukan kerja-kerja melepa simen di tingkat 12 bangunan yang dalam pembinaan tersebut.
13 pekerja Bangladesh cedera jatuh tingkat 12
25/08/2008 / Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Seramai 13 pekerja warga Bangladesh cedera termasuk tiga daripadanya parah setelah terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan kondominium yang dalam pembinaan di Jalan UK 1/3 Ukay Perdana 2 di sini petang ini.
Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika pekerja terbabit sedang melepa simen pada tiang perancah yang sedang dipasang apabila ia tiba-tiba runtuh menyebabkan kesemua mereka terjatuh.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan memberitahu, tujuh daripada mangsa dihantar ke Hospital Ampang manakala selebihnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.- Utusan.
Utusan Malaysia / 26.08.2008
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Seramai 13 pekerja warga Bangladesh cedera termasuk tiga daripadanya parah setelah terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan kondominium yang dalam pembinaan di Jalan UK 1/3 Ukay Perdana 2 dekat sini petang ini.
Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika pekerja terbabit sedang melepa simen pada tiang perancah yang sedang dipasang apabila ia tiba-tiba runtuh menyebabkan kesemua mereka terjatuh.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan memberitahu, tujuh daripada mangsa dihantar ke Hospital Ampang manakala selebihnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada batang perancah yang patah.
Beliau memberitahu, hanya tiga mangsa parah manakala yang lainnya mengalami cedera ringan.
"Sehingga lewat petang ini, keadaan semua mereka yang mempunyai permit kerja yang sah itu dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, salah seorang rakan mangsa, Ripon Miar, 28, ketika ditemui memberitahu, kejadian itu berlaku sebaik sahaja mereka menyambung kerja-kerja melepa simen setelah berhenti rehat selama satu jam.
Katanya, kejadian itu hanya disedarinya apabila terdengar bunyi besi bertindih disusuli jeritan rakan-rakan yang berada di atas perancah tersebut.
"Ketika itu saya sedang bekerja di bahagian lain di bangunan tersebut. Kejadian berlaku sekelip mata dan kami tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mereka," katanya yang masih trauma melihat kejadian itu.
Kecuaian: Punca buruh jatuh bangunan
Utusan Malaysia / 27.8.2008
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kecuaian kontraktor dalam aspek keselamatan dikesan punca 12 pekerja buruh Bangladesh terjatuh ketika melepa simen di tingkat 12 di sebuah apartmen kos sederhana di Spring Village, Taman Ukay Perdana 1 di sini petang semalam.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor, Ahmad Fauzi Awang berkata, ketika kejadian, buruh terbabit tidak diawasi oleh mana-mana penyelia sebaliknya hanya seorang buruh binaan warga Indonesia yang mengawasi mereka.
Menurut Ahmad Fauzi, kontraktor apartmen tersebut juga tidak mengikut pelan rekaan bangunan yang asal.
Tambahnya, tindakan akan diambil mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967 serta Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1955.
''Namun kita perlu mendapatkan bukti yang kukuh sebelum mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat,'' katanya ketika ditemui melawat tapak pembinaan apartmen itu hari ini.
Dalam pada itu, JKKP turut merampas beberapa batang besi perancah untuk dijadikan bahan bukti.
Turut hadir dalam lawatan selama tiga jam itu pegawai dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Semalam, seramai 12 pekerja binaan tersebut cedera termasuk tiga daripadanya parah setelah terjatuh dari apartmen tersebut menyebabkan enam daripada mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala selebihnya dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh jika terdapat unsur-unsur jenayah dalam kejadian tersebut.Menurut Abdul Jalil, kesemua mangsa berusia 30-an dan mempunyai pas pekerjaan yang sah.
Berikut disertakan komen-komen daripada rakan-rakan sho:
FROM NIOSH FORUM (IRZAI)
Tengah2 buat persiapan Set Up Booth kat COSH 2008 terdengar berita scaffolding runtuh kat Ukay Perdana. Runtuh dari ketinggian 50 meter! 13 cedera, 3 parah (Tak sedarkan diri) semuanya pekerja asing (Bangladesh & Indonesia) sedang membuat plastering. Latest information diterima mengatakan 2 orang dah 'selamat pergi' …. Sedey bila dengarkan ceriter nie, especially site tersebut di 'jaga' oleh sebuah syarikat PMC yang no # 1 JUARA CIDB / JKKP tahun lepas….baru jer terima piala! So, as a saying…. Sekali dua bolehla disorokkan, tapi tuhan maha adil, ditunjukkan incident / accident yang samasekali takde sape @ mana2 pihak boleh sorokkan! Dari maklumat awal, plasterer nie membuka Cross Brace secara pakat ramai2 waktu kerja2 plastering dalam 3 tingkat sebaris….alamatnya, structure tak dapat tampung berat dan gedebushhhh kebawah….. Malaysia oh Malaysia!!! Sekali air bah, sekali pantai berubah, pastu balik semula ke takuk lama…. (Ps: Dah Merdeka ke kita nie??)
FROM NIOSH FORUM (SYBIRA)
izrai73 say
Latest information diterima mengatakan 2 orang dah 'selamat pergi' …. Sedey bila dengarkan ceriter nie, especially site tersebut di 'jaga' oleh sebuah syarikat PMC yang no # 1 JUARA CIDB / JKKP tahun lepas….baru jer terima piala! So, as a saying…. Sekali dua bolehla disorokkan, tapi tuhan maha adil, ditunjukkan incident / accident yang samasekali takde sape @ mana2 pihak boleh sorokkan! Dari maklumat awal, plasterer nie membuka Cross Brace secara pakat ramai2 waktu kerja2 plastering dalam 3 tingkat sebaris….alamatnya, structure tak dapat tampung berat dan gedebushhhh kebawah….. Malaysia oh Malaysia!!! Sekali air bah, sekali pantai berubah, pastu balik semula ke takuk lama…. (Ps: Dah Merdeka ke kita nie??)
1. Mungkin scaffolding tu tak ada buat pemeriksaan bulanan/mingguan (scaffolding checklist) oleh Scaffold Inspector
macam Tuan Izrai 73 buat.........tapi kalau tak ada budget/fee untuk scaffold inspector macamana? Tak kan depa nak buat FOC, kursus kat ABM boleh lah FOC.
2. Kalau tak ada buat 'scaffolding checklist' pun takkan kawan kita site SHO tak jengah2, tengok2 masa mat bangla tu buat kerja...........
3. Monthly Safety Report - perlu disertakan copy "Scaffolding checklist" & "Cert Scaffold Competent" agar JKKP mendapat info bulanan, pihak JKKP boleh bertanya atau buat siasatan jika ada keraguan berkaitan scaffold di tapak bina tu yg tidak mengikut peraturan.
4. Saya suka kiranya pihak JKKP kerap buat pemeriksaan di tapak bina, kalau boleh secara bulanan, lagi kerap lagi senang kerja SHO pasal management mesti follow punya.
5. Tapi , lastnya buat apa pun kalau ALLAH SWT kata kun fayakun, cekap/bagus/HIRAC/JSA/work permit/etc pun tak dapat nak menolong
No comments:
Post a Comment