Siratan ini memetik komen terpilih yang diterima melalui mailing list yang saya sertai.
Berita Harian / 17.03.2009
KUALA LUMPUR: Seorang penyelia tapak pembinaan sebuah kondominium maut dihempap tiang konkrit ketika berada dalam sebuah kabin kontena yang dijadikan pejabat di sebuah tapak pembinaan di Jalan Morib, Taman Desa, Jalan Klang Lama, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner, Wan Abdul Bari Wan Abdul Rahman, berkata dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa, Ng Hai Oun, 51, mati akibat cedera parah di leher. Katanya, sebelum kejadian berlaku, sebuah lori membawa muatan tiang konkrit masuk ke kawasan tapak pembinaan. "Kren digunakan untuk mengangkat tiang itu untuk diletakkan ke tanah.. Ketika satu tiang diangkat dan melalui bumbung kabin kontena itu, tiba-tiba kren menjadi tidak stabil kerana dipercayai tanah lembut lalu tiang yang diangkat jatuh menghempap kabin kontena itu," katanya kepada Bernama. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Sementara itu, di PETALING JAYA, seorang pekerja binaan terbunuh ditimpa kren yang patah di tapak pembinaan sebuah apartmen di SS2 pada jam 2.30pm.
Komen:
It was so unfortunate that some of our fellow workers die a stylo death. Came out in papers for us to read. Known all over the country within minutes. Eventually those involved with this..........
Saya mendapat e-mel seorang sahabat disini meminta terjemahkan posting awal saya berkaitan topik ini ke Bahasa Malaysia. Bagus juga saranan-saranan yang di e-melkan kepada saya itu. Thanks a lot. :)
Saya akan cuba terjemahkan ia dengan sedikit penyesuaian. Asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris kerana rujukannya dari bahasa tersebut. Niatnya tidak mahu mengganggu tempo penyampaian sebenarnya. Sebab saya rasa susah juga untuk terjemah teorikal Bahasa Inggeris asal tu secara serta merta dalam keadaan lepak-lepak. Nak hilangkan stress semasa posting versi Inggeris tu. Menulis, kadangkala boleh hilangkan stress. Bagi saya. Barangkali juga cara posting saya itu ditafsirkan sombong dan angkuh ( cocky and arrogant ) kerana menggunakan Bahasa Inggeris. Sebenarnya tidak begitu didalam hati sini
>>>>>start<<<<<<<<
Adalah sangat malang kerana ada juga sahabat pekerja kita mati dengan penuh bergaya. Dituliskan di surat khabar untuk dibaca. Diketahui keseluruh negara dalam beberapa minit sahaja. Lantas pihak yang terlibat dengan kejadian tersebut mendatangkan pelbagai model teori-teori pertuduhan. Andaian-andaian penuduhan dan penafian yang sebenarnya bertujuan menyelamatkan diri sendiri dari ditimpa bala berpunca kerana kemalangan tersebut. Disini, adalah sebenarnya satu permainan. Aplikasi teknik untuk memindahkan tanggungjawab dan menafikan pemilikan tanggungjawab kepada mana-mana pihak lain. Kepada sesetengah kalangan, Safety Officer adalah potensi yang sesuai sebagai korban. Satu kambing hitam yang cantik, cukup gemuk dan telah diberi makan baaanyak banyakkk!
Dalam setengah keadaan kedudukan Safety Officer ini sangat rapuh sebenarnya. Boleh saja diserang dari pelbagai sudut. Kiranya prospek untuk menyerang Safety Officer itu tidak wujud, itu tidak jadi masalah pun. Ciptakan satu sebab. Kaitkan dengan kemalangan tersebut. Abang Safety…. Abang Safety…..! Habis porak poranda lunyai kau. Tapi, siapa peduli.
Boleh kita kongsi yang dibawah ini?
Menilaikan kemalangan adalah tidak semudah seperti mana yang ia kelihatan pada mata kasar.
Isu mengenalpasti perkara yang mempengaruhi sebab kemalangan dan merumuskan bagaimana pengaruh ini wujud, adalah penting dalam usaha mencari faktor-faktor terselindung sesuatu kemalangan.
Disertakan di bawah ini faktor-faktor yang mempengaruhi sebab-sebab kemalangan.
Hierarchy of Causal Influence (tak tahu alihbahasa camna teori ni. Hantam ikut ajelah dia).
1) Faktor yang mengujudkan persekitaran yang mudah kemalangan bila-bila waktu saja.
2) Faktor yang membentuk perilaku dan sikap pekerja.
3) Faktor yang membentuk suasana.
4) Sekatan-sekatan atau Batasan-batasan yang mewujudkan kecirian tapakbina.
5) Penjanaan kesan-kesan buruk lain berpunca dari pengaruh asas seperti iklim ekonomi atau kehendak pelanggan.
Kemudian, model Reciprocal Safety Culture ( Reciprocal: saya fikir maksud yang lebih kurang adalah ‘reaksi balas’. ) menekankan pula tentang pengaruh dua-arah berpunca dari interaksi antara ‘penyebab-penyebab ketara’(determinants????) yang dikenalpasti. (Dalam konteks ini, Manusia vs Perilaku vs Keadaan,)
Dengan lain perkataan, wujudnya sesuatu keadaan adalah dijanakan oleh perilaku manusia DAN perilaku manusia turut dijanakan oleh keadaan tersebut.
Ini akan menjuruskan kita kepada peri pentingnya pemahaman tentang beza antara ’iklim’ dan ’budaya’. Secara mudahnya ’iklim’ adalah satu picisan daripada ’budaya’ yang terentang di atas garis masa. Maka, budaya yang buruk akan terus berkembang menurut masa, kiranya iklim atau suasana yang buruk yang tidak pernah berubah. ( Susah untuk dituliskan tanpa sokongan rajah.)
Tidak lama selepas itu Zohar menjelaskan satu model tentang iklim safety. Model ini menyarankan tiga hubungkait.
Pertama: Iklim safety mempengaruhi pendapat dan pandangan pekerja. (persepsi)
Kedua: Persepsi pula secara tidak langsung mencetuskan perilaku pekerja.
Ketiga: Berikutan itu, perilaku safety pula memberi kesan kepada kadar kemalangan.
Walaupun sudah jelas oleh penemuan-penemuan di atas, namun adalah sangat menarik, apabila kita dapati Safety Officer di bicarakan dalam sessi minum petang. Kadang-kadang berlanjutan hingga menjadi isu ke dalam mesyuarat pula. Berlaku begitu kerana adalah sukar untuk bercakap tentang organisasi, budaya, iklim. Perkara yang abstrak (ujud tapi tidak nyata) memang sukar untuk diperjelaskan secara santai. Makanya, apakah perkara-perkara yang ’nyata-ujud’? Projek Manager, Safety Officer, Sub-kons. Jadi, apa yang disembangkan? Cakap-cakap tentang safety. Berkisar kepada Safety Officer…..
Tq
Jass