Friday, May 29, 2009

Tak boleh rahsiakan kemalangan pekerja

Harap-harap selepas ini tiada lagi istilah (kambus dalam tanah) berlaku lagi sekiranya terjadi kemalangan ditempat kerja. Tak gitu AO.............janji masyukkk.

Oleh Hussain Said bhnews@bharian.com.my / 29.05.2009

Takut imej terjejas punca majikan tak lapor

REMBAU: Kementerian Sumber Manusia mengingatkan majikan supaya tidak merahsiakan kemalangan yang berlaku di tempat masing-masing, sebaliknya melaporkan terus kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan, berkata tindakan majikan merahsiakan kemalangan yang berlaku boleh mengakibatkan mereka dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.

Beliau berkata, 50 peratus daripada 120 kes pendakwaan majikan di mahkamah tahun lalu bersangkutan kegagalan mereka melaporkan kemalangan yang berlaku di tempat masing-masing. "Denda tertinggi ke atas majikan yang melakukan kesalahan itu ialah RM100,000," katanya selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Di Sektor Pertanian dan Penternakan peringkat Negeri Sembilan di Institut Latihan Perindustrian, Pedas, dekat sini, semalam.

Maznah berkata, antara faktor majikan tidak melaporkan kemalangan kerana bimbang dikenakan tindakan dan khuatir imej mereka akan terjejas jika kemalangan yang berlaku itu dilaporkan di media.

"Kita mahu majikan melaporkan kemalangan bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca ia berlaku sekali gus membantu mereka menguruskan kemalangan supaya kejadian itu tidak berulang," katanya. Maznah berkata, mengikut statistik JKKP, 44,918 kes kemalangan membabitkan pekerja dilaporkan berlaku tahun lalu dengan 746 kematian. "Kadar kemalangan di tempat kerja bagi setiap 1,000 pekerja ialah 4.2 peratus atau bersamaan empat orang. Angka ini agak tinggi dan kita mensasarkan ia dapat dikurangkan bawah empat peratus,” katanya.

No comments: