Thursday, May 29, 2008

Kemalangan Melibatkan Kren Bergerak Beroda


Dipetik dari DOSH Alert:


Pada 17/01/2008 lebih kurang jam 3:00 petang,satu laporan kemalangan telah dibuat melalui telefon yang melibatkan sebuah kren bergerak beroda(Model: Tadano;PMA 9284)dengan beban kerja selamat maksimum 45 tonnes. Kemalangan itu berlaku di tapak cadangan projek Putra Square, Kuantan, Pahang. Semasa kemalangan itu beberapa orang pekerja sedang menjalankan kerja untuk memindahkan dan mengalihkan dua unit transformer kelokasi yang baru didalam kawasan bangunan.

Kesemua kaki kren bergerak beroda itu telah dikeluarkan dan ditupang pada kepingan-kepingan kayu yang diletakkan di atas lantai tanah. Satu daripada empat kaki kren didapati bertupang di atas kepingan kayu yang terletak di atas culvert parit.

Semasa proses persediaan untuk mengangkat transformer seberat 4,150 kgs, tiba-tiba culvert berkenaan telah pecah dan mengakibatkan kepingan kayu beserta kaki kren telah terperosok ke dalam culvert.

Siasatan kejuruteraan forensik yang dijalankan ke atas kemalangan itu telah mendapati bahawa culvert telah pecah kerana tidak dapat menahan beban yang timbul daripada operasi persediaan untuk pengangkatan transformer. Akibatnya, kren bergerak itu telah senget dengan serta merta dan blok penyangkuk telah terhayung dan terkena seorang pekerja. Beliau yang tersepit di antara hayunan blok penyangkuk dan transformer mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia.

Adalah dinasihatkan bahawa amalan kerja selamat berikut dipatuhi untuk semua aktiviti pengangkatan beban dengan kren bergerak beroda:

1.Pengenalpastian risiko ke atas persekitaran di mana kren ditempatkan sebelum aktiviti kerja mengangkat barang-barang hendaklah dijalankan sebagai langkah keselamatan.

2.Pemandu kren hendaklah dapat melihat dengan jelas kedudukan pekerja yang menjalankan kerja dan beban yang diangkat.

3.Setiap kaki kren bergerak hendaklah bertupang di atas asas yang kuat, kukuh dan bersaiz yang bersesuaian. Jikalau kayu digunakan, ianya hendaklah daripada spesifikasi yang tidak mudah reput bila terdedahkan kepada kelembapan.

4.Kren bergerak beroda hendaklah diletakkan di atas tanah yang kukuh,mampat dan permukaan rata.

5.Melantik signalman berpengalaman, terlatih dan berkeupayaan dalam memberi maklumbalas sertamerta kepada pemandu kren bergerak mengenai sesuatu keadaan berbahaya yang timbul semasa proses pengangkatan beban dijalankan.

6.Pemandu kren yang dilantik hendaklah mempunyai Sijil Pendaftaran Pengendalian Kren dengan Jabatan.

7.Kemalangan seperti ini dapat dielakkan sekiranya majikan mempraktikkan sistem kerja yang selamat dan sihat.

8.Maklumat lanjut berhubung penggunaan selamat dengan kren bergerak beroda, boleh dicapai menerusi hyperlinks seperti berikut:


http://www.labor.state.ny.us/formsdocs/wp/cr23Subpart8.pdf

http://www.cdc.gov/niosh/docs/2006-142/pdfs/2006-142.pdf

http://www.nclabor.com/osha/etta/indguide/ig20.pdf

http://www.worksafebc.com/news_room/news_releases/assets/nr_07_01_12/
crane_accidents_mobile.pdf

http://www.psac.ca/pdf/boom1.pdf

http://www.hazardinfo.com/Crane%20Research%20Study%20-%20Print%20
Format.pdf

http://www.orosha.org/pdf/rules/division_3/div3n.pdf

http://www.doli.state.mn.us/pdf/05_fatal_log.pdf

No comments: