Wednesday, May 21, 2008

Ahmadinejad, Singa Baru Dunia Islam


Cuti umum sempena hari Wesak telah saya habiskan dengan membaca sebuah buku bertajuk : Ahmadinejad, Singa Baru Dunia Islam. Saya tertarik dengan petikan kata yang dipaparkan didalam buku tersebut iaitu"Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, mengapa kamu pula yang memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya?"
Membaca buku ini pasti membuat kita akan lebih mengenali siapakah insan bernama Ahmadinejad. Diolah dengan perkataan-perkatan yang mudah, buku ini sesuai untuk bacaan umum.

No comments: