Thursday, January 31, 2008

Nasi Kerabu @Penang



Siratan ini mungkin agak terkeluar dari topik-topik yang selalu saya bincangkan.

Sudah dua minggu saya menjadi pengunjung setia pasar-pasar malam di Seberang Perai. Semua ini dilakukan untuk memenuhi permintaan isteri yang teringin hendak memakan nasi kerabu. Memandangkan hidangan tersebut kurang popular di sebelah utara maka, tidak ramai peniaga yang menjualnya di kebanyakkan pasar-pasar malam. Keadaan ini amat berbeza sekali dengan pasar-pasar malam di Bandar Baru Bangi (dalam kenangan) yang menjadikan hidangan tersebut antara menu jualan bagi kebanyakkan para peniaga disana.

Walaupun isteri saya telah merasa nasi kerabu yang dikomersialkan (Laksa Shack…. Sunway Karnival Mall)..namun hatinya masih teringin hendakkan yang asli. Mungkin kuantiti budunya berbeza kut……..kata saya mengusik isteri…

Maka bermulalah tugas saya menjelah dan bertanyakan rakan-rakan mengenai lokasi yang menjual menu tersebut. Setiap petang selepas pejabat pastinya saya akan singgah kemana-mana lokasi pasar malam mencari menu tersebut.

Setelah puas menjelajah, akhirnya nasi kerabu berjaya saya temui di Pasar Malam Seberang Jaya (lihat gambar). Tercapailah hasrat isteri yang berkehendakkan nasi kerabu@asli. Moga-moga tiada lagi permintaannya yang terlalu susah saya penuhi……………………

No comments: