Thursday, January 17, 2008

Dimana Keprihatinan Kita Sebagai Majikan

Siratan kali ini memetik pandangan daripada rakan-rakan berhubung satu kes kemalangan yang berlaku di Changloon..


Dua mati tertimbus

Oleh ZAMZURINA AHMAD dan SAFINA RAMLI (U. MALAYSIA / 13.01.08)
KUBANG PASU 12 Jan. – Dua lelaki mati tertimbus ketika sedang melakukan kerja-kerja pembetungan di tapak pembinaan Taman Merbau 2, Fasa III di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Jamaludin Md. Radzi, 23, dari Kampung Charok Kapas, Baling, dan rakannya, Mohd. Izzuwandi Abd. Rani, 19, dari Alor Semadom, Alor Star dekat sini maut akibat tertimbus tanah sedalam empat meter.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Hamenudin berkata, semasa kejadian, kedua-dua mangsa dan seorang lagi pekerja sedang memasang paip pembetungan.
“Secara tiba-tiba, tanah yang telah digali sebelum itu runtuh dan menimbus Jamaludin dan Izzuwandi.
“Bagaimanapun, seorang lagi mangsa sempat menyelamatkan diri dan menjerit meminta pertolongan daripada pekerja-pekerja di tapak pembinaan itu,” katanya kepada para pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, mangsa pertama, Izzuwandi, berjaya dikeluarkan pada pukul 6.50 petang manakala Jamaludin kira-kira 15 minit kemudian.
“Mangsa dipercayai lemas akibat tertimbus dalam runtuhan tanah dan batu,” jelasnya.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing.
Sementara itu, seorang saksi, Mohd. Khairul Azwan Abd. Aziz, 19, berkata, ketika kejadian, dia dan rakan yang lain sedang berehat dan tiba-tiba terdengar jeritan meminta tolong.
“Kami segera berlari dan ternampak Jamaludin telah tertimbus sehingga paras leher.
“Kami cuba untuk membantu tetapi berlaku runtuhan kali kedua sehingga hilang kelibat mangsa yang tertimbus,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di tempat kejadian

Komen2:

Salam....tengah hari tadi saya ada di pejabat CIDB Alor Setar, di sebelah saya semasa berurusan dengan counter CIDB seorang pekerja yang jari manis sebelah kanan dia putus...saya tanya kena apa? dia kata "jatuh dari RB jari tersangkut, putus terus"....projek di Penang....saya tanya lagi, jari tu hancur ka?...dia kata, dak....sebab apa tak cepat bawa jari ke hospital? dia kata dia bubuh jari dalam ais....tapi sampai hospital Dr kata dah tak boleh sambung.....kesian!....muda lagi baru awal 20an.....nanti naik pelamin jari kudung satu.......memang confirm tak boleh pakai cincin di jari manis.....

Saya tanya lagi....taukeh bagi apa? dia kata tak bagi apa.....???$$$%%%......
Saya tanya CIDB officer tu dia dapat banyak mana....pegawai tu kata ini adalah kecacatan kekal....jumlah akan di tentukan oleh pihak Takaful insuran....saya harap mudah-mudahan dapat banyak...nasib baik budak ni dah attend CIDB green card course.....dapat juga pampasan.....

Kes budak2 dua Allahyarham di Changlun tu???....CIDB green card pun tak ada.....at least kalau ada NIOSH coupun pun dah cukup....kesiannnn........kedua-dua Allahyarham tak attend safety induction...apa tu hazard? apa tu risk?apa tu BOWEC?apa tu risk control?......this is where section 15, OSHA 1994 main peranan......

Fikir apa akan jadi seterusnya.......nak sambung buat thesis dan assignment ERM sat.......rgds (Mazlan Jemili)

Komen 2:
ALL,
Based on dari Buletin TV3 (12.01.08) / Keratan U Malaysia / photo dari Harian KOSMO….

Ini merupakan Projek Perumahan Taman…..kita susah nak cakap @ comment dari segi paperwork on safety…

Dari segi praktikalnya proses menanam @ pemasangan paip pembetungan merupakan kerja2 berisiko tinggi. Ini disebabkan pekerja2 diperlukan masuk & membuat kerja2 di dalam lurang2 lubang yang dalamnya melebihi “4meter”. Kadang2 memakan masa untuk proses pemasangan.

Lurang2 lubang pemasangan paip pembetungan selalunya melebihi “4meter”. Ia bergantung juga kepada “Designer” dari konsultan. Dari pengamatan saya based on “photo” ia adalah “Paip” dari design “Gravity Line”.

Sepatutnya dari praktikal hendaklah membuat penampan @ shoring pada lurang2 lubang tersebut supaya tanah2 sekeliling dapat stabil kerana kita sudah mongorek pada kedalaman yang cukup tinggi.

Kengkawan2 yang lain boleh tambah info lagi…….regards..AO

Komen 3:

Few things on komen sahabat...sangat tertarik aku.... Malu dalam senyum & senyum dalam malu.....he, he, he...cuma teringat kata-kata Samy Vellu.... Memang itu orang buat salah, tapi kalau Kita tarak bagi can sama dia, macam mana dia mahu belajar (Petikan isu semasa jambatan Lebuhraya MRR2)..... (zailan)

Semoga peristiwa ini menjadi iktibar kepada kita semua.

2 comments:

Anonymous said...

Betul tu Tuan, saya sokong pendirian tuan...
Nasihat Luqman Hakim "Wahai anakku, apabila katong perutmu penuh padat, maka pikirmu akan tidur, hikmah kebijaksanaanmu menjadi tumpul & anggota badanmu lemah dalam mengamal ibadah.
Wassalam.

Anuar Saidin said...

Kebanyakkan kontraktor kecil tidak prihatin tentang aspek OSH kepada pekerja mereka. Mungkin kurang pendedahan atau maklumat yang sampai kepada mereka. Disinilah peranan PKK untuk memaklumkan kepada setiap ahlinya tentang peri pentingkan aspek OSH didalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh para ahli-ahlinya.