Sejak kebelakangan ini, sifat bertangguh sering menjadi masalah utama. Sering bertangguh untuk menulis di blog, bertangguh melaksanakan tugasan pejabat dan membuat kunci pendua untuk motosikal dan kereta yang sering digunakan. Akhirnya sifat ini memakan diri. Sememangnya saya telah diajar didalam dunia permotoran (sewaktu menjadi marshall untuk Formula 1, MotoGP, dan lain-lain agar menyediakan beberapa item yang perlu dibawa bersama (sentiasa ada di dalam dompet) bagi menangani saat-saat genting.
Antara perkara wajib ada ialah kunci pendua kenderaan yang digunakan. Perkara yang berlaku kepada saya ini boleh juga berlaku kepada orang lain. Sewaktu keluarga saya mengadakan majlis perkahwinan adik saya, kereta saya yang diparkir berhampiran dengan khemah tetamu telah terkunci dengan sendirinya (kunci disuiz nyalaan) setelah semalaman diparkir. Saya perlu mengubah kereta tersebut memandangkan tetamu akan datang pada waktu tengahari nanti. Kunci pendua hanya ada di Pulau Pinang (rumah sewa saya). Mahu atau tidak kereta tersebut terpaksa diubah.
Maka ramailah yang cuba membantu, menggunakan pembaris panjang, dawai & sebagainya namun usaha tersebut gagal. Mujurlah sepupu saya (seorang pegawai bank) yang mempunyai ramai kenalan (geng tarik kereta) dan terus menghubungi mereka. Kenalannya hanya memerlukan masa tidak lebih dari 2 minit untuk membuka pintu kereta saya (profesional mereka ni.....). Maka masalah tersebut telah berjaya diatasi.
Namun apa yang ingin diperkatakan ialah sekiranya saya menyimpan kunci pendua di dalam dompet (menempah dari jenis nipis dan pendek agar tidak terbonjol dompet) pastinya saya tidak akan menghuru-harakan pagi tersebut. Walaupun hampir sebulan peristiwa tersebut berlaku, saya masih belum lagi ke kedai kunci.
: Saya mesti ke kedai kunci petang ini........
No comments:
Post a Comment