Monday, March 31, 2008

Selamat Hari Lahir Alif



Siratan ini sepatutnya pada 15 Mac 2008.




Usia anakku genap 3 tahun hari ini. Sebagai tanda kesyukuran atas rahmatNya, kami sekeluarga telah mengadakan majlis doa selamat versi hadhari (ada potong kek jugak) di rumah emak di kodiang.

Ayahku walaupun dalam keadaan keuzuran tetap menjadi tukang bacaan doa pada majlis petang tersebut(maklumlah cucu cuma seorang sahaja). Manakala emak berbesar hati menaja makan dan minum. Saya (macam biasa.....) jadi event planner je..

Semua adik-beradik sebelah emak dijemput termasuk jiran-jiran disekeliling rumah. Apabila berkumpul gamat dibuatnya, sementelah PRU 12 baru sahaja selesai. Ada sahaja isu-isu yang dibincangkan.





No comments: