Tuesday, March 25, 2008

Tiket percuma @ Stadium Darulaman


Semalam telah berlangsung perlawanan antara Pasukan Kedah menentang pasukan Perak di stadium DarulAman. Sebagaimana semua sedia maklum, kemasukan semalam adalah secara percuma. Hebatnya tumpuan tentang isu kemasukan ini sehinggakan pihak TV3 menghantar wartawan khusus untuk membuat liputan tentang kemasukan percuma ini (..sepatutnya mereka membuat liputan perlawanan tersebut..).


Apa yang saya ingin komen adalah berkenaan dengan suara-suara diluar yang menyatakan sekiranya kemasukan percuma, mengapa tidak buka pintu masuk sahaja...(seperti yang dipaparkan di TV3) dan bukannya perlu mendapatkan tiket terlebih dahulu.


Namun kebanyakkan daripada kita mungkin tidak menyedari atau terlupa bahawa setiap binaan yang dibuat (di dalam konteks ini Stadium DarulAman) mempunyai sejumlah had mampu tampung yang telah ditetapkan. Sekiranya had tersebut tidak dipatuhi, dikhuatiri sesuatu perkara yang buruk boleh berlaku. Oleh itu, hanya dengan penggunaan tiket untuk kemasukan (walaupun secara percuma) akan dapat memastikan had mampu tampung ini dipatuhi selain daripada untuk menentukan jumlah levi yang perlu dibayar kepada FAM.... (memetik kata YB Khairy Jamaluddin, Naib Presiden FAM.


Kepada Sang Kenari, teruskan terbang tinggi. Kepada FAM janganlah isu ini dipolitikkan lagi. Mungkin MB Kedah baru ni turut berfikir tentang elemen safety.......

2 comments:

Anonymous said...

Salam to anuar.. Salam kenal.. hehehee..Mmg kt ukm pun...alamak..kantoi.. Cmner tau.heheheh

Anuar Saidin said...

Saya pun blajar kat sana dulu..Cuma skrang ni mungkin monyet-monyet tu dah lupakan saya....