Thursday, November 4, 2010

Tiang gol bola baling ragut nyawa














Dipetik dari KOSMO
mohdrizam@kosmo.com.my

KEPALA BATAS - Seorang pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini mati selepas ditimpa tiang gol bola baling yang tiba-tiba terjatuh ketika bermain di padang sekolah yang sedang dibaiki Isnin lalu.
Mangsa, Mohd. Khairi Iskandar Onzek, 8, yang cedera parah di kepala meninggal dunia pagi semalam ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Ibrahim Mohamad berkata, mengikut laporan awal daripada pihak sekolah, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang merupakan pelajar sesi petang dikatakan bermain bersama empat lagi rakannya di kawasan padang sekolah itu sementara menunggu waktu perhimpunan untuk pelajar sesi petang bermula pada pukul 12.45 tengah hari.
“Ketika bermain, mangsa bersama rakannya dikatakan mengangkat tiang gol yang dijatuhkan oleh pihak sekolah sebelum tidak diketahui macam mana tiang yang telah diangkat itu terjatuh semula dan menimpa mangsa,” kata beliau.
Berikutan kejadian itu, Ibrahim memberitahu, pihak sekolah telah menghantar mangsa ke Hospital Kepala Batas (HKB) selain memaklumkan perkara itu kepada keluarga mangsa.

Satu lagi cerita sedih mengenai insiden yang tak sepatutnya berlaku. Diserta dibawah ini komen-komen daripada sahabat-sahabat OSH untuk renungan bersama:

Salam Semua

Kes ini berlaku berhampiran rumah saya. Saya ada melawat tempat kejadian.

Kesimpulannya :
1. Tiang gol ini tidak sepatutnya berada di tepi pagar sekolah yg mana laluan keluar masuk pelajar dari taman seri serdang fasa 1 & 2 serta Kg Paya. Dalam statement menyatakan sedang dibaiki (Padang atau tiang gol). Ada kegagalan berlaku disini dimana pihak sekolah tidak memastikan pelajar sekolah yg berada didalam sekolah dengan selamat. (Tidak kira sebelum persekolahan atau selepas persekolahan).
2. Ada banyak perkara yang ditegur, tetapi mendapat sindiran dan juga bantahan dari segelintir guru disebabkan teguran itu merupakan salah satu tanggungjawab guru. (secara tidak langsung).
3. Sebuah sekolah yang boleh dikatakan baru sepatutnya mempunyai satu kawasan penyimpanan alatan sukan termasuk tiang gol. Kalau tidak pun. pasang tiang gol secara tetap (permanent).
4. Laluan keluar masuk pelajar pintu belakang melalui padang sepatutnya dipantau oleh pengawal keselamatan dan juga guru. Ada teguran dibuat tetapi tiada tindakan susulan.
5. Mungkin Otai-2 dan SHO2 dalam NRG boleh memberi training kepada guru2 dalam OSH in School. Khasnya kepada Sekolah terbabit.
6. Adakan seorang SHO dalam PPD, sekolah dalam memantau OSH seperti nazir sekolah.

Alfatihah

Rozaimi Rizal
AAP SHO

Takziah & al-Fatihah

AJK NRG dah masukkan Program "OSH in School" dalam Plan 2011. Sebanyak 3 buah institusi akan menerima manafaat dari aktiviti CSR persatuan.

Kesemua anak-anak saya bersekolah dan isteri saya juga seorang guru. Saya pun banyak kali hadir ke mesyuarat PIBG. Secara umumnya banyak kekurangan dari segi pengurusan di sekolah-sekolah. Tapi tak patut kita salahkan guru-guru kerana mereka dilatih sebagai guru, bukannya sebagai penyelia ataupun pengurus.

Saya pernah beberapa kali buat "Safety Talk" di sekolah-sekolah. Pernah juga buat "Safety Workshop" kepada mereka. Tapi yang ambil bahagian cuma anak-anak murid. Cikgu-cikgu pi lepak di kantin ataupun hisap rokok.

wslm
AR

No comments: