Monday, June 2, 2008

Penjagaan Kesihatan Mental di Tempat Kerja

BERITA HARIAN / 02.06.08

KUALA LUMPUR: Majikan perlu menggunakan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang sedia wujud bagi mempromosi penjagaan kesihatan mental di tempat kerja masing-masing, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye.

Majikan perlu sedar bahawa kegagalan memastikan kesihatan mental dan psikososial di tempat kerja bukan sahaja akan menjejaskan individu tetapi juga produktiviti, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Penaung Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, berkata kerajaan perlu membezakan golongan kurang upaya dengan pesakit mental.

Ini kerana undang-undang sedia ada tidak membenarkan pesakit mental menerima sebarang faedah dan kemudahan, katanya.

"Mereka yang disahkan sebagai pesakit mental tidak boleh menerima pencen ibu bapa atau pasangan mereka yang sudah meninggal, di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya.- Bernama

No comments: