Monday, March 31, 2008

Selamat Hari Lahir Alif



Siratan ini sepatutnya pada 15 Mac 2008.




Usia anakku genap 3 tahun hari ini. Sebagai tanda kesyukuran atas rahmatNya, kami sekeluarga telah mengadakan majlis doa selamat versi hadhari (ada potong kek jugak) di rumah emak di kodiang.

Ayahku walaupun dalam keadaan keuzuran tetap menjadi tukang bacaan doa pada majlis petang tersebut(maklumlah cucu cuma seorang sahaja). Manakala emak berbesar hati menaja makan dan minum. Saya (macam biasa.....) jadi event planner je..

Semua adik-beradik sebelah emak dijemput termasuk jiran-jiran disekeliling rumah. Apabila berkumpul gamat dibuatnya, sementelah PRU 12 baru sahaja selesai. Ada sahaja isu-isu yang dibincangkan.





Tuesday, March 25, 2008

Tiket percuma @ Stadium Darulaman


Semalam telah berlangsung perlawanan antara Pasukan Kedah menentang pasukan Perak di stadium DarulAman. Sebagaimana semua sedia maklum, kemasukan semalam adalah secara percuma. Hebatnya tumpuan tentang isu kemasukan ini sehinggakan pihak TV3 menghantar wartawan khusus untuk membuat liputan tentang kemasukan percuma ini (..sepatutnya mereka membuat liputan perlawanan tersebut..).


Apa yang saya ingin komen adalah berkenaan dengan suara-suara diluar yang menyatakan sekiranya kemasukan percuma, mengapa tidak buka pintu masuk sahaja...(seperti yang dipaparkan di TV3) dan bukannya perlu mendapatkan tiket terlebih dahulu.


Namun kebanyakkan daripada kita mungkin tidak menyedari atau terlupa bahawa setiap binaan yang dibuat (di dalam konteks ini Stadium DarulAman) mempunyai sejumlah had mampu tampung yang telah ditetapkan. Sekiranya had tersebut tidak dipatuhi, dikhuatiri sesuatu perkara yang buruk boleh berlaku. Oleh itu, hanya dengan penggunaan tiket untuk kemasukan (walaupun secara percuma) akan dapat memastikan had mampu tampung ini dipatuhi selain daripada untuk menentukan jumlah levi yang perlu dibayar kepada FAM.... (memetik kata YB Khairy Jamaluddin, Naib Presiden FAM.


Kepada Sang Kenari, teruskan terbang tinggi. Kepada FAM janganlah isu ini dipolitikkan lagi. Mungkin MB Kedah baru ni turut berfikir tentang elemen safety.......

Monday, March 24, 2008

Hijau Kuning @ Tiket Percuma

Terpegun sejenak sewaktu menonton siaran Buletin Utama, semalam. Kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan semua kemasukan ke Stadium DarulAman pada malam ini bagi menyaksikan perlawanan tumpuan liga Super (Kedah vs Perak) adalah percuma. Pemberian tiket ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada rakyat negeri Kedah.

Tiket percuma sebanyak 35,000 akan diedar bermula dari jam 5 petang di kaunter tiket stadium Darul Aman. Kepada semua peminat pasukan bolasepak Hijau Kuning, ayuh penuhkan stadium. Biar Kenari terbang tinggi...................................

Tuesday, March 18, 2008

Site collapse


Siratan ini memetik komen daripada rakan-rakan mengenai kejadian yang dipaparkan dibawah:


Monday March 17, 2008 (STAR)
Nine hurt in site collapse


KUCHING: Nine foreign workers were injured after part of the building structure of a multi-million ringgit international hotel-cum-shopping mall project at Jalan Bukit Mata here collapsed.

The workers, one of whom suffered a broken arm, were thrown to the ground when the structure they were standing on gave way at 4pm on Saturday.

Ambulances rushed the injured workers to the Sarawak General Hospital where most of them were given outpatient treatment for cuts and bruises on their bodies.

An eyewitness said that the structure collapsed as the workers were pouring mixed concrete on part of the first floor of the building.

The cause of the incident is being investigated.

Some 25 workers, most of them foreigners and aged between 25 and 35, were working on the project when the incident occurred.


Komen daripada para sahabat:

Hmmmmm structure runtuh sewaktu kerja-kerja menuang simen concrete..... Nak komen lebih2 pun tak berani, since takde kat site....tapi just to share with semua tentang how we check scaffold structure bagi kerja - kerja Beam Formwork..... Since kalau kat semenanjung nie pun biasanya kami terpaksa mai 2 hingga 3 kali baru boleh luluskan, apatah lagi kat sana...yang 'dekat' dengan JKKP, tapi jauh dimata....(faham2 Le).... For any beam formwork or concrete floor, sebelum kami check, MESTI mempunyai Professional Engineer Drawing & Approval.....base dari sana, kami akan check satu persatu Dan perlu diingatkan...kami memeriksa BUKAN SAHAJA pada foundation tingkat tersebut, tetapi 3 TINGKAT DIBAWAHNYA JUGA! Diantara failure yang biasa dijumpai adalah:

(1) Susunan Frame boleh diterima (Walaupun tahap sederhana), namun cross brace sure banyak yang 'hilang' atau dalam istilah scaffolding dipanggil 'curi ayam'...Cuba check betul2, especially kat tengah2 structure TU......

(2) Tiada ledgers Dan transom tambahan, kalau adapun buat syarat aja, Dan paling utama ikatan diantara struture frame hujung.... (where punca asas tumbang dari bahagian tepi)

(3) Adjustable Base Plate & U Head Adjustable....Cuba check betul2.....80% depa nie akan pakai semaksimum yang boleh....akibatnya, sedikit twist sahaja boleh menyebabkan RUNTUH!

Kalau Ada sebab lain tu, perhaps pihak2 yang berkenaan boleh membantu dalam input yang berguna....say...bahagian forensic ker kan?

Dan kepada Juruperunding yang dilantik oleh client ker, atau 3rd party tu....please make sure yang tuan2 jalankan tanggungjawab sepertimana yang tertera dalam kontrak, jangan buat syarat jer.....Dan kalau tak faham atau tak tahu, silakanla bertanya...jangan harapkan kepada SHO sorang jer nak jaga beratus orang Dan beribu site job dalam satu masa..... (Cetusan rasa geram...)

Wallahualam

Regards
  
Mohammad Zailan Haji Siwan (irzai)


Bro,

Thanks for the explaination on the scaffolding... tapi aku rasalah, bkn masalah scaffold kot... selalunya, praktis kt Msia ni, most of the support for the concrete slab/floor ni dibuat dari kayu... yg aku concern ialah curing time for the concrete... takut diaorg removed all the concrete support sebelum the concrete fully cured... curing time, ni kena tanya engineer civil lah... slalunya >20 days kan.... depends on the concrete grade lagi tak...

ada sapa2 civil engineer kt sini :))

-aliasman


Setuju sangat pasal mende curing time....tapi rase aku itu duty clerk of wok dengan resident engineer untuk control such matter.... Tapi bila hang sebut pasal concrete slab / floor yang disupport oleh kayu...he, he, he...no offend, tapi rase aku kat semenanjung dah lama Kita tak jumpa macam tu...unless projek ciput.... TU pun load tak heavy sangat....inikan plak projek apa....multimillion.....

Wallahualam..... so.....any comment from professional engineer (civil)?

Thanks

  
Mohammad Zailan Haji Siwan (irzai)


Thursday, March 13, 2008

Buah Pinggang Anda Okey ?




Hari ini 13 Mac 2007 adalah hari buah pinggang sedunia. Sudah tiga tahun 13 Mac dirai sebagai hari buah pinggang sedunia. Bagi saya yang turut merasai kesan akibat kegagalan buah pinggang yang dialami oleh ayah turut mengingati tarikh ini. Sekurang-kurangnya untuk bermuhasabah diri agar lebih menyayangi penapis menakjubkan yang dikurnia oleh Allah sepasang untuk setiap hambanya.


Walaupun kegagalan buah pinggang ayah berfungsi berpunca daripada penyakit diabetes yang dihidapi sejak 10 tahun yang lalu, namun kami sekeluarga telah mengambil tindakan sewajarnya agar tiada lagi anggota keluarga kami bakal menuruti warisan ayah ini.


Saya ingin berkongsi pengalaman kami sekeluarga dan ayah dalam menempuh hari -hari tanpa buah pinggang yang berfungsi sempurna.


Selama hampir dua tahun ayah berulang alik ke pusat Hemodialisis milik Yayasan Sultanah Bahiyah yang terletak di Simpang Kuala Alor Setar. Jarak perjalanan yang lebih 40 km sehala daripada rumah tidak memungkin pemandu yang dilantik (adik yang banyak berkorban....jamil & fadhil) untuk menghantar ayah ke Pusat Dialisis dan datang mengambil semula selepas sessi dialisis selesai. Oleh itu mereka turut akan berada disamping ayah selama 4 jam 3 kali seminggu. Bayaran untuk setiap sessi tersebut ialah sebanyak RM 200.


Semua ini terpaksa dilakukan disebabkan tiada tempat kosong (mesin dialisis) di hospital-hospital yang berhampiran dengan rumah (Hospital Kangar, Jitra & Alor Setar)


Namun bermula daripada Jun 2007, ayah telah mendapat tempat di Hospital Kangar (sessi 4 ptg hingga 8 malam) . Maka hilanglah sedikit bebanan (mungkin dah bosan) adik yang terpaksa terperuk di pusat dialisis. Jarak yang dekat 30 km (pergi balik) memungkinkan mereka pulang dahulu dan datang semula apabila selesai. Namun emak pula tetap setia untuk menemani setiap sessi ayah ini.


Ini merupakan secebis kisah yang dilalui oleh kami sekeluarga dalam menempuhi hidup bersama ayah yang mengidapi masalah kegagalan buah pinggang. Sekiranya anda merasakan bahawa anda sanggup menempuhi pengalaman seperti ini, maka jangan sayangi buah pinggang anda. Mungkin bagi mereka yang belum pernah merasainya akan merasakan perkara ini biasa-biasa sahaja. Tetapi bagi saya, cukuplah hanya ayah sahaja yang merasai bebanan ini. Kami adik beradik berazam akan menjaga buah pinggang kami dengan sebaik-baiknya........ (opss...berat badan saya dah naik mendadak sejak berhijrah ke Pulau Pinang ni)

Thursday, March 6, 2008

Sejenak di Hospital Kota Bahru

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu... Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa "Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih."