Monday, April 18, 2011

Dua pekerja kontrak ditemui lemas

GEORGE TOWN - Dua pekerja kontrak ditemui lemas ketika melakukan kerja-kerja pembersihan saluran kumbahan dalam kejadian di depan pintu masuk kediaman mewah, Marina Bay, Bagan Jermal di sini semalam.

Kejadian pukul 11 pagi itu mengakibatkan Rashidi Rusli, 26 dan Zakaria Ahmad, 32, meninggal dunia.

Difahamkan, mereka bersama beberapa pekerja kontrak lain sedang membersihkan saluran kumbahan tersebut yang terletak di dalam longkang yang mempunyai kedalaman 9.1 meter.

Kedua-dua mangsa didakwa baru diambil bekerja oleh sebuah syarikat kontraktor yang dilantik Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

Lebih malang, mereka sepatutnya beristirehat ketika kejadian tetapi telah dipanggil bekerja lebih masa.

Seorang rakan mangsa, Mohd. Sufian Mohd. Yusuf, 19, berkata, dia hairan apabila mendapati kedua-dua rakannya itu tidak menyahut ketika dipanggil sebaik mendapati air mula naik di dalam longkang tersebut.

"Saya mula cemas dan terus memberitahu rakan-rakan lain sebelum menghubungi pihak berkuasa," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba negeri, Mohd. Razam Taja Rahim memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 12.47 tengah hari.


Nota kaki: Perbincangan isu ini akan dipostingkan pada posting yang akan datang

Bayi lemas dalam kolam ikan hiasan

Dipetik dari berita harian:

CHANGLUN: Seorang bayi lelaki berusia 14 bulan ditemui mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan hiasan di halaman rumahnya di Taman Teja, dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang itu, Muhamad Amirul Wajdi Riduawan dikatakan merangkak seorang diri dari dalam rumahnya menuju ke kolam ikan itu tanpa disedari abang dan kakaknya yang berada di dalam rumah.

Bapa mangsa, Riduawan Che Man, 34, berkata ketika kejadian beliau baru selesai memotong rumput di halaman rumah dan berehat di bangsal tepi rumahnya sebelum terdengar jeritan anak sulungnya, Nurizzati Irwani, 9, memberitahu adik bongsu daripada empat beradik itu lemas dalam kolam sedalam 0.5 meter itu.

“Anak sulung saya mengangkat adiknya dari kolam itu dan meletakkan di tepi. Tanpa berfikir panjang, saya terus melakukan bantuan pernafasan ke mulut anak saya dan ketika itu beliau menunjukkan tindak balas.

“Saya kemudian membawa anak ke Hospital Jitra (HJ) untuk mendapatkan rawatan segera tetapi doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia jam 9 malam kelmarin akibat lemas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Riduawan berkata, ketika kejadian, isterinya, Zaliza Said, 34, sedang tidur di dalam rumah akibat keletihan selepas baru pulang membeli-belah di Padang Besar, Perlis.
Katanya, tiga anaknya yang lain ketika itu sedang bermain dengan arwah tetapi mula mencari adik mereka selepas mendapati beliau tiada di dalam rumah.

“Empat anak saya termasuk arwah tinggal dengan saya kerana ibunya bertugas sebagai jururawat di Hospital Pulau Pinang dan berulang-alik seminggu sekali untuk bersama keluarga.

“Disebabkan saya sudah berjanji untuk membawa keluarga bercuti di Perlis selain menziarahi ibu saya yang sedang sakit, isteri mengambil cuti untuk menjaga anak-anak tetapi saya tidak sangka ia akan berakhir dengan tragedi,” katanya.

Beliau berkata, arwah anaknya manja sejak seminggu lalu dan kerap memanggil abah berulang kali kelmarin seperti sudah tahu ajalnya akan tiba.

Jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, dekat sini, malam kelmarin.

Nota kaki: Takziah buat keluarga mangsa. Taman Teja dkt je dengan rumah parent aku.Insyaallah jika berkesempatan akan pergi kat rumah tersebut. Buat HIRARC ttg kejadian ini.

Nahas tempat kerja berkurang 50 peratus

KUALA LUMPUR: Kemalangan membabitkan pekerja ketika berada di tempat kerja meunjukkan penurunan hampir 50 peratus dalam tempoh 10 tahun bermula tahun 2000 hingga tahun lalu, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, rekod yang dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial
(Perkeso) mencatatkan jumlah kemalangan pada tahun 2000 iaitu sebanyak
95,000 kes, manakala jumlah kemalangan yang direkodkan tahun lalu didapati menurun kepada 57,000 kes, sekali gus menunjukkan penurunan hampir 40,000 kes.

Menurutnya, perangkaan itu membuktikan majikan di negara ini sentiasa
mengutamakan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja bagi mengurangkan
risiko berlakunya kemalangan mahupun kecederaan di tempat kerja yang bukan saja mengakibatkan kecederaan sementara dan kekal, malah meragut nyawa. “Selain itu, jumlah yang direkodkan bagi kes kemalangan ketika berulang-alik ke tempat kerja turut menunjukkan pola penurunan ketara iaitu sebanyak 75,000 kes terjadi pada tahun 2000 manakala hanya 35 ribu kes berlaku sehingga penghujung tahun lalu.


“Dalam kes itu, lebih 65 peratus mangsa yang terbabit dalam kemalangan
ketika ke tempat kerja adalah di kalangan penunggang motosikal. Sehubungan
dengan itu saya menggesa semua agensi yang berkaitan untuk lebih menumpukan kepada langkah pencegahan kemalangan kepada penunggang motosikal,” katanya pada sidang media selepas Seminar Pencegahan Kemalangan Perkeso 2011, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Eksekutif Perkeso, K Selvarajah. ; Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Datuk Dr Ir Johari Basri dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegah Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.


Subramaniam berkata, penurunan kes kemalangan ini diyakini mampu dikekalkan sekiranya kerjasama padu dilaksanakan terutama antara pekerja dan majikan dalam usaha menangani kes kemalangan di tempat kerja dan sewaktu perjalanan ke tempat kerja.


“Perkara asas yang perlu diutamakan adalah sikap individu itu sendiri terutama dalam aspek menjaga keselamatan diri sendiri kerana sikap individu yang lebih berhati-hati selain peka dengan sebarang risiko berlakunya kemalangan adalah aset utama mencegah kemalangan,” katanya.

Friday, April 15, 2011

NEW CEP POINT SYSTEM

Dicopy dari email yang dihantar oleh Setiausaha NRG-SHE ke ahli-ahli

Assalamualaikom wrt dan salam sejahtera

Perbualan selepas bermesyuarat dengan Puan Muaziah pagi tadi:

Q: Puan, ahli NRG nak kepastian sistem point betul-betul dah bermula. Untuk tahun ni kena kumpul 30 point?
A: Yes, yes ....this year dah effective, you bagi tahu diaorang mesti kumpul 30 point tahun ni.

Q: Macam mana dengan announcement kat website DOSH? Last month meeting Puan kata nak publish dah.
A: Dah ready.....tapi ada last minute minor changes.

Q: Ahli NRG dah tak sabar menunggu ni. Seminggu dua lagi ok kot?
A: Ya, rasanya boleh.

So, sementara menunggu update di website DOSH, saya cadangkan semua ahli register Conference OSH NRG (15 CEP points) sebab tahun ini agak kurang CEP program yang akan dianjurkan. Setahu saya, hanya ada 2 program CEP sehingga August nanti.

regards,
azhar