Thursday, June 5, 2008

PUSAT LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS DI TEMPAT KERJA

Berkuat kuasa 2 Mei 2008 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) tidak akan meniktirafkan Pusat Latihan Pertolongan Cemas Di Tempat Kerja. Pihat industri bebas untuk memilih pusat latihan daripada mana-mana persatuan professional atau pertubuhan bukan kerajaan.

Industri boleh merujuk kepada garis panduan yang sedia ada iaitu ‘Guidelines on First-aid in the Workplace(2nd Edition) 2004’ yang dikeluarkan oleh Jabatan ini dengan tidak mengguna pakai Appendix 1 (Institutions recognized by the Department of Occupational Safety and Health, Ministry of Human Resources, for providing training on First –Aid in the Workplace. Appendix 2 (Course content for First-Aider) masih boleh dirujuk.

Semoga industri akan terus berjaya menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.


Dr. Christine YSL
JKKP Ibupejabat
28 Mei 2008

Tuesday, June 3, 2008

Mee Udang & Teman Lama

Beriya-iya syariman mengajak aku pekena mee udang di Kg Pulau Sayak, Pantai Merdeka. Dari Kuala Lumpur lagi kami dah set tarikh nak pekena mee ni. Terima kasihla sahabat, next time hang balik kampung, kita pi pekena lagi.

Inilah sahabat yang bermurah hati...he..he (coursemate waktu di UKM dulu


Isteriku dan anakku alif sewaktu menunggu makananan yang dipesan. Alif muka boring jee....




Syariman berserta isteri tercinta (Mereka ni bercinta sejak dari sekolah menengah lagi)



Inilah mee udang Pulau Sayak (besar tak udangnya) RM 10.00 sepinggan


Inilah saki baki bahagian udang yang tidak boleh dimakan (kulit & kepala).

Pertemuan kami sekeluarga memang happening. Banyak cerita-cerita lucu sewaktu di universiti yang diingat kembali. Cuma masa membataskan pertemuan kali ini. Kepada sesiapa yang berhajat hendak ke lokasi ini, kedai makan tersebut terletak lebih kurang 2o meter dari Pusat Penyelidikan Udang Pulau Sayak.

Monday, June 2, 2008

Didik anak cara jaga keselamatan




Sesetengah panduan mungkin nampak remeh tetapi jika dipraktikkan dapat bantu cegah kejadian tidak diingini

KEJADIAN kehilangan dan kemalangan kanak-kanak seperti yang dilaporkan baru-baru ini meningkatkan kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan golongan berkenaan ketika di rumah, sekolah, jalan raya dan tempat awam.

Pelbagai kelompok masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberikan pandangan masing-masing mengenai keselamatan kanak-kanak termasuk mencadangkan pendidikan mengenai keselamatan diri di sekolah seperti keselamatan jalan raya yang sudah diajar di sekolah rendah..

Selain itu mendidik kanak-kanak mengatakan `tidak' kepada orang yang tidak dikenali dan dirasakan berpotensi membahayakan mereka.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat tampil memberikan beberapa panduan mengenai keselamatan kepada kanak-kanak sama ada di rumah, sekolah, jalan raya dan tempat awam.

Sesetengah panduan itu mungkin nampak ringan kepada sesetengah orang, namun jika dipraktikkan ia dapat membantu mencegah kejadian tidak diingini.

Naib Presiden Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM), Dr Farah Nini Dusuki berkata, pendidikan keselamatan diri perlu di ajar pada peringkat awal kanak-kanak seperti di taman asuhan dan didikan kanak-kanak serta prasekolah.

Katanya, ibu bapa juga perlu mendapatkan ilmu bagaimana mendidik anak masing-masing menjaga keselamatan diri .

“Cara mendidik kanak-kanak memerlukan pendekatan berbeza kerana dikhuatiri maksud yang disampaikan tidak diperoleh kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, modul pendidikan keselamatan diri perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah selain dasar perlindungan kanak-kanak memastikan hak dan keselamatan kanak-kanak terjamin di negara ini.

“Dasar tidak membenarkan mereka yang ada rekod jenayah termasuk keganasan dan jenayah seksual tidak bekerja dalam sektor membabitkan kanak-kanak seperti pengasuh, guru dan pengawal keselamatan di sekolah atau taman asuhan kanak-kanak,” katanya.

Menganggap kesedaran orang ramai mengenai keselamatan kanak-kanak semakin tinggi sejak kebelakangan ini, katanya kesedaran sudah ada di kalangan pihak sekolah dan ibu bapa namun ada ruang yang perlu diperbaiki bagi menjamin keselamatan kanak-kanak di negara ini.


Panduan Keselamatan Diri Kanak-kanak di Sekolah

Beritahu anak anda, jika ingin ke tandas, jangan pergi berseorangan. Minta kebenaran guru untuk membawa seorang rakan bagi menemaninya. Cara ini amat membantu dalam hal kecemasan seperti terjatuh di dalam tandas di mana rakan tadi dapat kembali dan memaklumkan kepada guru. Lebih utama cara ini dapat mengelakkan anak-anak dari gangguan “penjenayah" yang mungkin mengambil peluang terhadap anak-anak yang berjalan atau berada di tandas bersendirian.


Beritahu anak anda jika diminta untuk bertemu guru selepas kelas, pastikan anak anda ditemani seorang rakan lagi. Jangan biarkan mereka "bersendirian" menemui guru terbabit.


Maklumkan kepada anak-anak tempat yang boleh dan tidak boleh mereka pergi sama ada di dalam dan di luar sekolah. Contohnya bangunan stor, bangunan lama, tempat yang jauh dari pandangan umum perlu mereka jauhi.


Maklumkan anak anda, jangan bercakap atau menerima sesuatu dari orang tidak dikenali, walaupun orang yang memanggil menggunakan namanya. Ingatkan anak-anak, bahawa orang yang tidak dikenali boleh memanggil nama mereka kerana anak-anak memakai tag nama pada baju yang mudah dilihat siapa saja. Ingatkan juga bahawa panggilan nama tidak bermakna si pemanggil adalah orang dikenali.


Pesan pada anak-anak, jika diganggu jauhkan diri dengan segera seperti lari. Jika terus diganggu atau dalam kecemasan minta anak-anak jerit "API!!!"... "API!!!"... "API!!!". Ini kerana jeritan "api" lebih menarik perhatian orang di sekeliling berbanding jeritan meminta tolong.

Panduan keselamatan diri di rumah - (Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA)

Memasak memang menyeronokkan bagi kanak-kanak namun ibu bapa perlu mengawasi aktiviti jika anak-anak mengendalikan dapur.


Pakai pakaian berlengan pendek - lengan panjang mudah disambar api


Nasihatkan kanak-kanak menggunakan pelapik untuk mengangkat periuk panas


Keselamatan di bilik mandi juga penting, justeru jangan biarkan anak berumur di bawah enam tahun mandi berseorangan


Periksa suhu air terutama bilik mandi yang menyediakan alat pemanas air


Masa mandi sepatutnya menjadi masa yang menggembirakan dan ibu bapa cuba pastikan tiada benda licin yang boleh menyebabkan kanak-kanak terjatuh


Jangan biarkan air bertakung dalam baldi atau besen, bagi mengelakkan kanak-kanak berumur di bawah empat tahun tersungkur di dalamnya dan lemas


Perkara Mengenai Tubuh Badan - Women's Centre for Change Penang (WCC)

Kanak-kanak perlu diajar menghormati dan menyayangi tubuh mereka. Beritahu mereka ada peraturan tertentu mengenai perkara yang boleh dibuat oleh orang dewasa ke atas mereka.

Adalah penting untuk menekankan kepada mereka mengenai cara sentuhan yang betul dan salah. Kerap kanak-kanak dapat menilai sama ada sesuatu sentuhan ini betul atau salah dengan mempercayai dan mendengar perasaan mereka. Ini tubuh saya. Tubuh saya istimewa dan penting. Saya perlu menyayangi dan menjaga tubuh badan saya.

Anda boleh mengajar anak anda yang bahagian badan yang ditutup oleh baju dalam mereka dipanggil bahagian kemaluan. Bahagian ini adalah kepunyaan mereka dan tidak boleh disentuh oleh sesiapa saja tanpa kebenaran. Beritahu mereka yang bahagian kemaluan ini boleh disentuh hanya untuk tujuan kebersihan dan perubatan contohnya pemeriksaan doktor.

Perbendaharaan kata yang sesuai untuk bahagian badan.

Gunakan kata-kata yang betul bagi bahagian badan seperti zakar, faraj dan buah dada. Elak daripada menggunakan nama-nama lain seperti "pok-pok" (faraj) dan "ku-ku" (zakar).

Rencana ini ditulis oleh Rohaniza Idris (Berita Harian)

roha@bharian.com.my

Penjagaan Kesihatan Mental di Tempat Kerja

BERITA HARIAN / 02.06.08

KUALA LUMPUR: Majikan perlu menggunakan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang sedia wujud bagi mempromosi penjagaan kesihatan mental di tempat kerja masing-masing, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye.

Majikan perlu sedar bahawa kegagalan memastikan kesihatan mental dan psikososial di tempat kerja bukan sahaja akan menjejaskan individu tetapi juga produktiviti, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Penaung Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, berkata kerajaan perlu membezakan golongan kurang upaya dengan pesakit mental.

Ini kerana undang-undang sedia ada tidak membenarkan pesakit mental menerima sebarang faedah dan kemudahan, katanya.

"Mereka yang disahkan sebagai pesakit mental tidak boleh menerima pencen ibu bapa atau pasangan mereka yang sudah meninggal, di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya.- Bernama