Thursday, December 6, 2007

Selamat Pengantin Baru


Keluarga kami mendapat anggota keluarga yang baru.....adik ipar baru kata isteriku. Akad nikah pada 3-12-2007. Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 12-12-2007. Kami sekeluarga sangat sibuk dengan menyediakan persiapan-persiapan untuk majlis tersebut. Mujurlah adik2 aku yang sporting (Fadhilah, Fadhil@Cik & Jamil) banyak membantu. Kalau tiada mereka tentu kelam-kabut emak aku dibuatnya. Maklumlah dengan tugasan rutinnya ke Hospital Tunku Fauziah (Kangar) membantu dan menemani ayah menjalani rawatan hemodialisis.

Cik dengan Jamil telah bermurah menaja (ayam) untuk majlis tersebut. Manakala aku (ehm ehm) turut menaja sekadar yang termampu. Pada waktu begini baru terasa bahawa kuatnya ikatan kekeluargaan antara kami adik beradik. Masing-masing nak membantu setakat yang termampu

"Selamat Pengantin Baru Fauzi & Rohaya". Moga kalian akan hidup aman bahagia, berkekalan ke akhir hayat

No comments: