Sudah tiga tahun keluarga saya tidak mengadakan majlis kenduri kahwin. Kenduri yang pertama adalah kenduri kahwin saya. Tapi kali ini kenduri tersebut diadakan bagi meraikan majlis perkahwinan adik saya yang ketiga. Kakaknya yang nombor dua belum berkahwin lagi. Ada orang kata langkah bendul. Masih releven lagikah perumpamaan tersebut.
Sebetulnya saya ingin postingkan ia sejurus selepas majlis tersebut, tetapi disebabkan kekangan bebanan tugas yang perlu diselesaikan perlu diutamakan. Posting ini menyusul selepas beberapa minggu.
Apa yang hendak dilontarkan disini ialah semangat gotong-royong yang masih diamalkan oleh para penduduk. Mungkin faktor mereka kebanyakkannya bekerja sendiri memudahkan mereka meninggalkan tugas hakiki masing-masing untuk membantu didalam sebarang majlis di kalangan anggota kampung.
Mengapa perkara seperti ini hanya kekal di kampung-kampung sahaja. Adakah kerana orang kampung tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan katering yang kini semakin bercambah atau tidak berduit untuk menyewa ruangan hotel atau dewan bagi majlis tersebut. Sudah pudarkah semangat gotong-royong dikalangan warga malaysia (melayu) terutama yang berada di taman-taman perumahan.
Apakah anak-anak saya masih berpeluang menikmati suasana begini 50 tahun lagi atau semuanya akan tinggal kenangan didalam album kahwin mak dan ayahnya sahaja.........
1 comment:
Gotong royong adalah budaya melayu yang akan pupus bukan kerana tiada lagi semangat gotong royong didalam diri bangsa melayuku tetapi disebabkan oleh sikap yang bukan sahaja boleh dikatakan sebagai meng-anak-angkat kan budaya orang, malah meng-anak sendirikan budaya orang kedalam masyarakat melayu. Malah banyak lagi budaya didalam masyarakat bangsa melayuku telah dianaktirikan oleh bangsaku sendiri. SALAH SIAPA??????
Tepuk Dada Tanya Selera.....
Rodiahmad
Post a Comment