Monday, December 31, 2007

Kenduri Kahwin @ 12-12-2007





Sudah tiga tahun keluarga saya tidak mengadakan majlis kenduri kahwin. Kenduri yang pertama adalah kenduri kahwin saya. Tapi kali ini kenduri tersebut diadakan bagi meraikan majlis perkahwinan adik saya yang ketiga. Kakaknya yang nombor dua belum berkahwin lagi. Ada orang kata langkah bendul. Masih releven lagikah perumpamaan tersebut.


Sebetulnya saya ingin postingkan ia sejurus selepas majlis tersebut, tetapi disebabkan kekangan bebanan tugas yang perlu diselesaikan perlu diutamakan. Posting ini menyusul selepas beberapa minggu.


Apa yang hendak dilontarkan disini ialah semangat gotong-royong yang masih diamalkan oleh para penduduk. Mungkin faktor mereka kebanyakkannya bekerja sendiri memudahkan mereka meninggalkan tugas hakiki masing-masing untuk membantu didalam sebarang majlis di kalangan anggota kampung.

Mengapa perkara seperti ini hanya kekal di kampung-kampung sahaja. Adakah kerana orang kampung tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan katering yang kini semakin bercambah atau tidak berduit untuk menyewa ruangan hotel atau dewan bagi majlis tersebut. Sudah pudarkah semangat gotong-royong dikalangan warga malaysia (melayu) terutama yang berada di taman-taman perumahan.

Apakah anak-anak saya masih berpeluang menikmati suasana begini 50 tahun lagi atau semuanya akan tinggal kenangan didalam album kahwin mak dan ayahnya sahaja.........






Thursday, December 6, 2007

Selamat Pengantin Baru


Keluarga kami mendapat anggota keluarga yang baru.....adik ipar baru kata isteriku. Akad nikah pada 3-12-2007. Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 12-12-2007. Kami sekeluarga sangat sibuk dengan menyediakan persiapan-persiapan untuk majlis tersebut. Mujurlah adik2 aku yang sporting (Fadhilah, Fadhil@Cik & Jamil) banyak membantu. Kalau tiada mereka tentu kelam-kabut emak aku dibuatnya. Maklumlah dengan tugasan rutinnya ke Hospital Tunku Fauziah (Kangar) membantu dan menemani ayah menjalani rawatan hemodialisis.

Cik dengan Jamil telah bermurah menaja (ayam) untuk majlis tersebut. Manakala aku (ehm ehm) turut menaja sekadar yang termampu. Pada waktu begini baru terasa bahawa kuatnya ikatan kekeluargaan antara kami adik beradik. Masing-masing nak membantu setakat yang termampu

"Selamat Pengantin Baru Fauzi & Rohaya". Moga kalian akan hidup aman bahagia, berkekalan ke akhir hayat

Parachute Tragedy (02.12.2007)




(Siratan kali ini memetik pandangan daripada sahabat melalui group mailist yang saya terima mengenai "Parachute Tragedy". )



Biasa! Sering orang tidak belajar daripada kesilapan atau near misses yang berlaku sebelum ini. Seperkara lagi, selalu orang suka untuk "take for granted"
semuanya selamat kerana kita adalah pakar ..Apa salahnya kalau kita take a minute to sit back and evaluate the risk factors, access the risk levels, and mitigate the necessary precautionary measures. Apparently, we don't have a minute even though this one minute can make a big difference.

Thanks..mdkhan





Takziah untuk para waris mangsa yang terkorban.......for the muslims......al-fatihah.

We had the Pre-Sarex drill in KHTP a month ago in preparation of LIMA …..the scenario was helicopter crashed near a lake with 24 paratroopers onboard. Hopefully the experience obtained from the KHTP drill gave the rescue team some advantage.

Rgds,
azhar

tp satu lagi yg aku baca dlm nwspaper ari ni....
“Jadi kita mengambil keputusan untuk tidak menjalankan `airfield seizure simulation’ (simulasi rampasan lapangan terbang) yang sepenuhnya, tetapi kita ubah kepada `air assault’ (serangan udara) dengan menggunakan kapal terbang yang didahului sembilan penerjun secara `free fall’ (terjunan bebas).
“Kalau mereka guna kaedah free fall (terjun bebas), walaupun angin kencang, mereka masih boleh memandu parachute (payung terjun) mereka dan ini akan menentukan kaedah keselamatan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat anggota tentera yang cedera dalam kejadian itu di Hospital Langkawi di sini hari ini. -Utusan
Abis, kenapa tak consider buat risk assessment before the incident?? betul kata Prof :))
Malaysia boleh.... psss., kesian kat depa... muda2 lagi tu, belum kawin lagi....

Think about this:

Q: Are we going to send our paratroopers to the battle field during war?
A: Yes, of course, that what paratroopers are trained for.

Q: Are we sending our women to war?
A: Hmmmm..

FYI, USA Paratroopers recruiting still exclude female due to the nature of its task – drop zone behind enemy line.

That’s my take.

Rgds,
Sabki



Sunday December 2, 2007 (STAR)
Military Exercise Mishap at Lima - Claims 3 Lives
By DERRICK VINESH
LANGKAWI: Strong winds claimed the lives of three paratroopers, including a woman who drowned during a parachute training exercise at the Mahsuri International Airport here Sunday morning.
Siti Hajar Yaakub, 24, died at sea while her teammates Nurul Wahida Yusuf, 20, and Raymond A/K Duncan, 25, an Iban, died at the Langkawi Hospital.
They were among 160 paratroopers from the 10th Paratrooper Unit of the Terendak Camp, Malacca who took part in the exercise in conjunction with the Langkawi International Maritime and Aerospace (Lima) 2007 event.
Langkawi district police chief Supt Mohamed Ali Jamaluddin said the three officers and 17 others drifted 200m off course and fell from a height of about 300m into the sea off Pantai Cenang during the exercise at 10.15am.
He said five women and six male officers were admitted at the hospital for hypothermia and minor injuries.
One of them, Suraya Ali, 23, was warded in the Intensive Care Unit for broken ribs and punctured lung. Another officer Zaliza Zakaria, 23, who also suffered similar complications.
“We called off the 170-member rescue operation at 12.53pm after all 138 officers who jumped off two aircrafts were rescued,” he said.
He added that the marine police together with the armed forces personnel and fire and rescue services conducted the search and rescue.
Supt Mohd Ali said the team were practising for a performance during the Lima opening on Tuesday.
“The paratrooper team from Malacca usually performs this exercise every Lima.
“This year, the Eastern wind has been somehow quite strong,” he said.