Friday, February 13, 2009

PM Terperangkap Dalam Lif

ABDULLAH (tengah) ketika berjalan keluar dari lif selepas terperangkap selama 30 minit di PICC, Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Majlis perasmian sambutan Jubli Perkhidmatan Awam (JPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam tertangguh seketika di sini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperangkap dalam lif selama kira-kira 30 minit.

Turut sama terperangkap bersama Abdullah di dalam lif tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam.

Mereka berjaya dikeluarkan dengan bantuan beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dikejarkan ke PICC selepas dimaklumkan mengenai insiden itu.

Walaupun tersekat agak lama, Abdullah kelihatan tenang dan sebaik sahaja keluar dari lif beliau masih sempat tersenyum kepada orang ramai yang cemas menunggunya.
(Dipetik dari KOSMO)


No comments: