Tuesday, February 24, 2009

Mee Udang @ Yusoff Ismail Kg Pulau Sayak...




Menatap paparan mee udang Kuala Sepetang sewaktu rancangan Majalah 3 membuatkan aku teringat kembali mee udang Pulau Sayak yang kali terakhir aku nikmati 6 bulan lepas.Rujuk siratan aku 'mee udang@kawan lama'.

Kelmarin geng-geng sepejabat mengajak aku terjah kembali mee udang tersebut. Depa kata minggu ni kita pi yang dekat dulu, lain kali baru pi Kuala Sepetang pulak, Apa-apa pun kepada penggemar mee@udang aku bagi markah 4/5 untuk mee udang kat kedai ni...jadi apa tunggu lagi.

Friday, February 13, 2009

PM Terperangkap Dalam Lif

ABDULLAH (tengah) ketika berjalan keluar dari lif selepas terperangkap selama 30 minit di PICC, Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Majlis perasmian sambutan Jubli Perkhidmatan Awam (JPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam tertangguh seketika di sini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperangkap dalam lif selama kira-kira 30 minit.

Turut sama terperangkap bersama Abdullah di dalam lif tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam.

Mereka berjaya dikeluarkan dengan bantuan beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dikejarkan ke PICC selepas dimaklumkan mengenai insiden itu.

Walaupun tersekat agak lama, Abdullah kelihatan tenang dan sebaik sahaja keluar dari lif beliau masih sempat tersenyum kepada orang ramai yang cemas menunggunya.
(Dipetik dari KOSMO)


Wednesday, February 4, 2009

NRG-MASHO-NIOSH SEMINAR 2009 (3-4 Mac 2009

Disebabkan oleh beberapa masalah teknikal, seminar ini yang sepatutnya berlangsung 23-24 Feb 2009 telah ditunda ke 3-4 Mac 2009.


Kepada para pengunjung blog ini yang telah mendaftar sebagai peserta, harap maklum.