Wednesday, December 7, 2011

Maut terkena libasan tali kapal

Gambar: Sumber internet


GEORGETOWN - Seorang buruh binaan warga Indonesia maut setelah terkena libasan tali kapal ketika menurunkan cerucuk di tapak pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa hanya dikenali sebagai Taufik menemui ajalnya setelah leher dan mukanya cedera parah terkena tali berkenaan. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Mohd Zain berkata, lelaki berusia 21 tahun itu bertugas secara kontrak dengan sebuah kapal yang digunakan oleh kontraktor pembinaan jambatan tersebut dipercayai sedang menurunkan cerucuk besi dengan menggunakan tali. Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan rakan mangsa yang melihat kejadian itu, tali berkenaan putus secara tiba-tiba dan melibas mangsa. "Mereka kemudian menghubungi ambulans. Sebaik diperiksa pegawai perubatan yang tiba, mangsa didapati meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.Hatta berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.“Siasatan awal mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.

Dipetik dari Sinar Harian

Dikubur Tanah





Dipetik dari KOSMO


JELI: Seorang pekerja kontrak yang sedang mencangkul bagi meratakan tanah dalam lubang sedalam 1.5 meter bagi kerja penggantian paip lama, di Kilometer 81, Kampung Air Puteh, Lakota, dekat sini, terbunuh akibat tertimbus tebing lubang berkenaan yang runtuh, pagi semalam.Kejadian jam 10.50 pagi itu berlaku ketika remaja berkenaan, Mohamad Amir Mohd Azmi, 14, bersama empat pekerja lain melakukan kerja penggantian paip lama apabila tebing lubang yang dikorek menggunakan jengkaut sebelum itu, runtuh.Kemalangan menyebabkan mangsa yang tidak bersekolah parah di kepala dan patah tulang rusuk kanannya sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut saksi, Mohd Shukri Mohd Rashid, 19, tanah di sebelah kanan Mohamad Amir runtuh tiba-tiba dan menimbus seluruh tubuhnya.Mohd Shukri yang juga sepupu mangsa berkata, dia serta rakan lain tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku pantas dan ketika ketika itu, dia berada dua meter dari Mohamad Amir.