Thursday, August 14, 2008

Caj PTPTN satu peratus

Dipetik dari Kosmo 14 -8-2008

PUTRAJAYA - Kabinet semalam bersetuju mengurangkan caj perkhidmatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada satu peratus kepada semua pinjaman peringkat pengajian berkuat kuasa Jun lalu.

Sebelum ini caj perkhidmatan PTPTN tersebut dikenakan kepada peminjam peringkat siswazah iaitu tiga peratus manakala bagi pascasiswazah pula adalah lima peratus.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelarasan kadar baru itu dilaksanakan pada Disember ini dan para peminjam akan menerima kontrak pinjaman baru bermula awal tahun depan.

Apa yang menarik, menurutnya, caj baru itu merupakan kadar rata berbeza dengan kadar berkurang yang diperkenalkan sebelum ini.

"Tetapi pada kadar rata ini, sekiranya pelajar gagal membayar pada tempoh tertentu tiada peningkatan pinjaman berlaku mahupun faedah tambahan dikenakan.

"Berita baik itu diputuskan kerajaan selepas mesyuarat Jemaah menteri pada 6 Ogos lalu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurut Mohamed Khaled, enam bulan tempoh diperlukan kerajaan untuk melaksanakan tarikh berkuatkuasanya bagi memboleh satu sistem baru pemprosesan maklumat peminjam diuruskan.

Jelasnya, bagi peminjam yang tidak aktif iaitu jarang atau tidak pernah membuat pembayaran PTPTN tetap menerima kadar baru itu namun mereka bakal dikenakan denda satu peratus.

"Contohnya, jumlah hutang mereka dikira dari tarikh permulaan kontrak bayaran itu sehingga Jun lepas dan ditambah dengan denda satu peratus, kemudian baru kadar baru itu dikenakan," ujarnya.

Beliau juga mengingatkan para peminjam menerima kontrak baru itu nanti supaya menurunkan tandatangannya untuk tujuan pengesahan dan sekiranya gagal mereka akan dikenakan kadar lama

Monday, August 4, 2008

Musim Menuai ....Tiba Lagi



Musim menuai tiba lagi. Pak tani mula senyum menampakkan gigi. Nampak gayanya poket mulalah berisi. Tolak pun dah tak rebah lagi.........................




Aku memang berasal dari keluarga petani. Buat bendang kata orang kedah. Jadi apabila datang musim menuai maka secara tak langsung tempiasnya turut aku rasai.........mengenang kembali zaman kanak-kanak mencari ikan didalam celahan jerami, mengekori bontot mesin padi.




Kelmarin aku pulang ke kampung, sempat juga snap gambar jelapang padi (ramai orang pernah dengar nama tapi tak pernah lihat) kat rumah Tok wan aku. Fungsi jelapang padi ini telah diambil alih oleh kilang-kilang padi komersial. Sudah tidak ramai orang yang menyimpan padi di jelapang lagi. Kesemuanya terus dijual ke kilang-kilang padi. Nak beras...pakat-pakat beli.


Penyakit Chikungunya