Wednesday, October 31, 2007

Squash @ Penang




Sudah seminggu anakku asyik bertanya bilakah hendak pergi main squash papa?.... adik nak main squash dgn nada sebutan yang belum betul.... umurnya baru 2 tahun setengah. Tapi keinginannya dah mula meluap-luap.




Sejak isteriku hamil sewaktu di bangi dulu, waktu petangku pasti diisi dengan kunjungan ke "court squash' di UKM. Isteriku yang setia pasti akan menemani, mengisi botol air dan pakaian yang dibasahi peluh ke dalam beg...mungkin anakku didalam kandungan turut merasainya....

Hujung minggu lalu saya berkunjung ke "squash court" di Dewan Kenangan Sungai Petani, tetapi alangkah hampanya hati apabila dewan tersebut digunakan untuk majlis sambutan aidilfitri..sekali lagi impian anakku terbantut.

Di bangi masalah tiada "court" tiada dalam istilah. Kalau tidak ke UKM, pastinya aku ke Pusat Kejiranan Putrajaya. Pilihan terakhir mungkin di Hotel Equatorial sementelah di sana ramai yang boleh dijadikan rakan 'sparring.

Pusat Squash Bukit Dumbar di Penang, memang sentiasa terbuka untuk dikunjungi, ttp jarak dan masa perjalanan yang diambil tidak memungkin aku selalu kesana. Disebelah seberang perai tiada terdapat 'squash court' terbuka untuk awam. Hanya terdapat "Tin Club" itupun hanya kepada ahlinya sahaja.

Kadang-kadang terlintas difikiran mengapa kemudahan ini diabaikan sedang juara dunia wanita adalah dari Penang (Nicol Ann David). Adakah permainan ini terlalu esklusif untuk orang-orang biasa...............................




Tuesday, October 30, 2007

Rezeki bulan Syawal

Senyuman isteriku lebar apabila keluar daripada bilik doktor. Positif katanya.....maknanya alif akan bergelar abang. Hati berbisik girang. Umurkan semakin meningkat. Anak pula baru seorang (memetik kata mak aku)...

Bukan merancang, cuma rezekinya belum ada. Anyway berita ini amat mengembirankan sementalah keputusan peperiksaan pun telah keluar. Aku mendapat dua khabar gembira sekaligus dalam bulan ini.

Bakal bertambahlah cucu untuk keluarga sebelah aku. Nombor 2 kata mak ngah fadhilah. Emak dan ayah mertuaku diseberang laut (pulau redang) juga tumpang gembira..maaf mak..
kami tak dapat balik ke kampung seperti dirancang... laut bergelora@ isteriku asyik meloya...

Keputusan sudah diperolehi. Tugasan banyak yang menanti. Kerja harus disiapkan tanpa bertangguh lagi.